Chelsea optimis mulakan musim baru

Chelsea optimis mulakan musim baru

LONDON, 4 Ogos (AFP) – Dengan gambaran penguasaan Chelsea musim lalu walaupun belum mengukuhkan skuad, mereka masih lagi menjadi pilihan utama untuk mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsenal yang selesai di tangga ketiga musim lalu, dilihat memiliki persediaan lebih baik untuk cabaran gelaran, sementara Manchester United, City dan Liverpool berbelanja besar dalam harapan untuk merapatkan jurang dengan Chelsea yang selesai lapan mata di depan City pada Mei.

Dengan Chelsea muncul juara sekali lagi bersama ‘The Special One’, pemain Jose Mourinho secara meluasnya dapat dilihat sebagai pasukan yang perlu diberi perhatian.

“Sepanjang Liga Perdana, ada kekuatan di sana sekarang kerana banyak kelab membeli pemain besar, bukan hanya kelab–kelab terbaik,” kata Mourinho, yang berharap mengulangi kejayaannya membawa Chelsea memenangi gelaran pada 2005 dan 2006.

“Pada masa ini, kami adalah juara liga paling sukar di dunia, jadi kami tahu bagaimana sukarnya untuk mengulangi pencapaian itu, tetapi kami bersedia menghadapinya dan akan menikmati cabaran itu.”

Dengan Asmir Begovic menggantikan Petr Cech sebagai penjaga gol simpanan dan Radamel Falcao menggantikan tempat Didier Drogba, skuad Chelsea sama seperti musim lalu.

Bagaimanapun, kecederaan hamstring Diego Costa sehingga tidak beraksi dalam kekalahan 1-0 dalam aksi Perisai Komuniti kepada Arsenal dan bebeapa persembahan hambar memberikan lawan mereka alasan untuk optimis.

Kemenangan Perisai Komuniti 1-0 dengan ketibaan Cech dan kemenangan Piala FA berturut–turut, menggalakkan kepercayaan di Arsenal dan mungkin penantian 12 tahun mereka untuk menjulang gelaran liga mungkin berakhir.

Dengan penjaga gol bertaraf dunia menguatkan pertahanan dan midfield yang menyerlah dan berkebolehan, satu-satunya kelemahan di depan, di mana Arsene Wenger perlu memilih di antara trio Olivier Giroud, Theo Walcott dan Danny Welbeck.