Chelsea pecat Mourinho

Chelsea pecat Mourinho

LONDON, 18 Dis (AFP) – Jose Mourinho akhirnya dipecat juga sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, mengikut laporan media British sebentar tadi.

Tindakan itu diambil oleh kelab berkenaan susulan persembahan buruk dipamerkan pasukan itu dalam saingan musim ini sehingga hanya mampu menduduki tangga ke-16 liga selepas 16 perlawanan. Ini adalah kali kedua, Mourinho, 52, dipecat oleh kelab berkenaan selepas pada tahun 2007.

Bagaimanapun, Jose Mourinho meninggalkan kelab berkenaan \ʼdengan persetujuan bersama’ selepas permulaan musim terburuk, umum juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebentar tadi.

Semua pihak di Chelsea merakamkan ucapan terima kasih kepada Jose atas sumbangan tidak ternilai beliau sejak kembali sebagai pengurus pada musim panas 2013.

Mourinho membantu menjulang Chelsea sebagai juara EPL dan Piala Liga musim lalu, namun kelab itu ketika ini berada satu mata dari zon penyingkiran selepas tewas sembilan daripada 16 perlawanan.

Seorang lelaki yang dipercayai Mourinho menutup mukanya ketika meninggalkan kompleks latihan Chelsea di Cobham, semalam. Chelsea telah membuat keputusan memecat Mourinho susulan persembahan buruk pasukan itu dalam saingan musim ini. – AFP/Reuters
Seorang lelaki yang dipercayai Mourinho menutup mukanya ketika meninggalkan kompleks latihan Chelsea di Cobham, semalam. Chelsea telah membuat keputusan memecat Mourinho susulan persembahan buruk pasukan itu dalam saingan musim ini. – AFP/Reuters

FBL-ENG-PR-CHELSEA-MOURINHO-FILES

Dia dikatakan dimaklumkan mengenai nasibnya itu dalam mesyuarat bersama pegawai kelab pada tengah hari semalam, selepas dua hari perbincangan oleh ahli lembaga pengarah.

Mourinho sebelum ini pernah dipecat oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich pada 2007, selepas mencipta kejayaan besar sepanjang tiga tahun di Stamford Bridge. Dia berjaya memenangi dua kejuaraan liga, dua kejuaraan Piala Liga dan Piala FA. “Tiga kejuaraan liga, Piala FA, Piala Perisai Komuniti dan tiga Piala Liga yang dimenanginya sepanjang dua kali mengendali kelab, menjadikannya sebagai pengurus paling berjaya sepanjang sejarah 110 tahun Chelsea,” kata kenyataan itu lagi.

“Namun, Jose dan lembaga pengarah bersetuju, keputusan yang dicapai bagi musim ini adalah tidak bagus dan kami percaya perpisahan adalah jalan terbaik bagi kedua-dua pihak.

“Kelab ingin menyatakan di sini dengan jelas, Jose meninggalkan kami dengan baik dan akan sentiasa diingati dengan kasih sayang, dihormati dan tokoh signifikan di Chelsea.

“Legasinya di Stamford Bridge dan England akan terus terjamin dan beliau akan sentiasa dialu-alukan untuk kembali ke Stamford Bridge,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA