Chelsea pulih

Chelsea pulih

LONDON, 17 Sept (AFP) – Barisan taruhan Jose Mourinho mendatangkan kejayaan apabila Chelsea memulihkan musim mereka dengan kemenangan 4-0 ke atas Maccabi Tel Aviv dalam perlawanan Liga Juara-Juara semalam.

Pasukan Mourinho memulakan perlawanan Kumpulan G dalam keadaan kucar-kacir selepas kekalahan 3-1 di Everton meninggalkan mereka dengan hanya satu kemenangan daripada lima perlawanan Liga Perdana pertama mereka.

Urutan teruk tersebut merupakan permulaan paling buruk Chelsea untuk satu musim sejak 1988 dan ia mencetuskan pelbagai kritikan untuk Mourinho dan pasukan Inggerisnya.

Namun Mourinho berjanji akan membuat perubahan selepas kekalahan Everton dan bos Blues itu menunaikan janjinya apabila dia mencantas John Terry, Diego Costa, Pedro Rodriguez, John Obi Mikel, Nemanja Matic dan Branislav Ivanovic.

Nampaknya pertukaran tersebut mungkin berkesudahan sebaliknya selepas Eden Hazard terlepas sepakan penalti dalam separuh masa pertama di Stamford Bridge.

Diego Costa (kanan) cuba menjaringkan gol semasa Blues menentang Maccabi Tel Aviv di Stamford Bridge semalam. – AFP
Diego Costa (kanan) cuba menjaringkan gol semasa Blues menentang Maccabi Tel Aviv di Stamford Bridge semalam. – AFP

Namun Maccabi merupakan pencabar terbaik untuk Chelsea untuk memulihkan semula prestasi mereka dan William membuka jaringan sebelum Oscar menunjukkan Hazard cara melakukannya dengan mengubah satu penalti tepat pada separuh masa.

Costa seterusnya menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan Cesc Fabregas menambah lagi gol dengan satu jaringan akhir.

Ia bukan prestasi terbaik Chelsea, tetapi Mourinho berharap ia memberikan satu asas untuk kejayaan masa depan, bermula dengan ujian lebih getir ke atas Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana pada hujung minggu ini.

“Ia adalah kemenangan yang baik, anda boleh melihatnya dari awal bahawa kami akan memenangi perlawanan itu. Saya tidak berada dalam neraka dengan keputusan teruk, begitu juga saya tidak berada di syurga apabila kami memenangi perlawanan,” kata Mourinho.

ARTIKEL YANG SAMA