Chelsea rembat Kennedy

Chelsea rembat Kennedy

LONDON, 23 Ogos (AFP) – Juara Inggeris, Chelsea mengumumkan sudah melengkapkan perpindahan penyerang remaja sensasi Brazil, Kenedy dari kelab Fluminense.

Pemain berusia 19 tahun itu sudah menyertai Chelsea ketika sesi jelajah pra-musim di Amerika Utara sebelum perjanjian itu dilengkapkan secara formal.

“Saya amat gembira melengkapkan perpindahan saya ke Chelsea,” kata pemain skuad bawah 20 tahun Brazil itu dalam laman web Chelsea.

“Ini adalah masa yang mengujakan untuk saya menyertai juara Liga Perdana Inggeris dan berharap dapat menjadi pemain yang penting untuk kelab.

“Saya amat gembira sepanjang bersama skuad ketika pra-musim dan saya amat bersyukur kepada Fluminense kerana memberikan peluang ini.”

Chelsea dijadualkan menentang West Bromwich Albion di laman lawan pada 8:30 malam ini.

ARTIKEL YANG SAMA