Chelsea Sambar Pedro

Chelsea Sambar Pedro

LONDON, 20 Ogos – Juara Inggeris, Chelsea menyingkirkan Manchester United dalam perebutan mendapatkan pemain Barcelona, Pedro dengan nilai perpindahan 21.1 juta pound.

Man United menarik diri untuk mendapatkan tandatangan pemain antarabangsa Sepanyol itu lewat Selasa (waktu England) selepas pemain berusia 28 tahun itu lebih berminat untuk ke London.

Pengurus Man United, Louis van Gaal dan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward memulakan gerakan untuk mendapatkan Pedro pada Isnin namun memutuskan untuk tidak menambah jumlah awal yang ditawarkan.

Pedro difahamkan tidak berpuas hati dengan cara Man United memburunya dan gagal meyakinkannya yang mereka benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Manchester City dan Chelsea sudah beberapa minggu berhubung dengan Mourinho menyatakan dengan jelas dia mahu menguatkan pasukannya.

Chelsea berjaya menewaskan Manchester United dalam persaingan mendapatkan Pedro (gambar) dengan nilai perpindahan 21.1 juta pound. – AFP
Chelsea berjaya menewaskan Manchester United dalam persaingan mendapatkan Pedro (gambar) dengan nilai perpindahan 21.1 juta pound. – AFP

The Blues akan membayar wang pendahuluan 19 juta pound) kepada gergasi Catalan itu, peningkatan daripada 17 juta pound yang dibuat Man United.

Pemain yang turut membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia itu akan menyertai sahabat baiknya, Cesc Fabregas di Stamford Bridge dan dijangka akan melalui ujian kesihatan dalam masa terdekat.

Akhbar England, Daily Mail difahamkan Mourinho bercakap secara peribadi dengan Pedro untuk meyakinkan pemain sayap itu yang dia cukup berharga bagi mengesahkan perpindahan itu.

Sumber dari Man United pula berkata kelab itu memutuskan untuk mengakhiri pemburuan untuk mendapatkan Pedro dan ia adalah keputusan dibuat Van Gaal.

“Duit bukanlah isunya. Jika ia adalah perjanjian yang biasa, ia sudah diselesaikan beberapa minggu lalu,” kata sumber itu. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA