Chelsea setuju pinjam Falcao semusim

Chelsea setuju pinjam Falcao semusim

SANTIAGO, 18 Jun (Reuters) – Pemain sayap Chelsea dan Colombia, Juan Cuadrado membayangkan urusan perpindahan penyerang Radamel Falcao ke kelab juara Inggeris, Chelsea sudah selesai.

Falcao, kapten pasukan kebangsaan pada Copa America di Chile, meninggalkan Manchester United selepas musim mengecewakan beraksi secara pinjaman dari AS Monaco.

Media Britain melaporkan Chelsea semakin hampir bersetuju dengan penyerang itu untuk meminjamnya selama semusim.

Cuadrado mengejutkan wartawan pada sidang akhbar apabila berkata: “Penting memiliki rakan sepasukan sepertinya di kelab tapi kini saya menumpukan kepada Copa America dan kita akan bercakap mengenainya selepas ini.”

“Katakan anda gembira,” sampuk jurulatih Jose Pekerman, yang berada di samping Cuadrado sebelum menjelaskan: “Saya pasti mereka akan membantu antara satu sama lain dan melakukan yang terbaik.”

Falcao ditahan oleh Vizcarrondo dari Venezuela semasa beraksi pada pusingan pertama Copa America di Estadio El Teniente, Rancagua 14 Jun lalu. – Reuters
Falcao ditahan oleh Vizcarrondo dari Venezuela semasa beraksi pada pusingan pertama Copa America di Estadio El Teniente, Rancagua 14 Jun lalu. – Reuters

United menegaskan mereka tidak akan membeli Falcao dari Monaco. Awal bulan lalu, pengendali Chelsea, Jose Mourinho menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 29 tahun itu.

Mourinho berkata demikian selepas berasa yakin tahap prestasi bekas penyerang Atletico Madrid itu akan meningkat apabila menyertai Chelsea.

Selain itu, Falcao turut mempamerkan aksi hambar bersama Colombia sejak aksi pembukaan kempen Copa America 2015 di Chile ketika ini.

Penyerang dari Colombia itu, yang menjaringkan empat gol dalam 29 perlawanan buat Manchester United, menyertai kelab Liga Perdana itu setahun lalu sesudah terlepas aksi Piala Dunia berikutan pembedahan ligamen lutut pada Januari 2014.

ARTIKEL YANG SAMA