Chelsea tak akan pecat Mourinho, kata Ancelotti

Chelsea tak akan pecat Mourinho, kata Ancelotti

LONDON, 13 Nov (AFP) – Bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengesahkan ‘tiada masalah’ untuknya kembali ke Stamford Bridge, namun tidak percaya kelab itu akan memecat Jose Mourinho.

Mourinho ketika ini di bawah tekanan atas permulaan hambar penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu musim ini dengan Ancelotti antara nama yang dikaitkan untuk kembali ke kelab berpangkalan di London itu.

Ketika mengendalikan kelab itu pada 2010, pengurus kelahiran Itali itu membimbing Chelsea menjuarai dua gelaran berganda EPL dan Piala FA.

Ancelotti ketika ini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas dipecat Real Madrid, penghujung musim lalu dan sekalipun menyuarakan idea mahu kembali ke Chelsea, dia tidak percaya jawatan itu akan dikosongkan dalam masa terdekat.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan Chelsea,” kata Ancelotti. “Namun Jose tidak akan dipecat. Mereka sudah pun memutuskan untuk mengekalkannya dan saya fikir mereka membuat keputusan yang baik.”

Ancelotti turut menafikan laporan yang dia dilamar Liverpool sebelum kelab itu menggaji Jurgen Klopp namun berkata dia mahu kembali ke England andai berpeluang.

“Saya mahu kembali bekerja di England,” katanya. “Saya gemarkan bola sepak di sini, saya masih mempunyai rumah di London dan saya mahu berada bersama pasukan yang kompetitif di England dan juga Eropah.

ARTIKEL YANG SAMA