Chelsea terus malang

Chelsea terus malang

LONDON, 4 Okt (Reuters) – Jose Mourinho yang terus ditimpa malang menegaskan tidak akan meninggalkan Chelsea meskipun skuad bimbingannya rebah untuk kali keempat dalam lapan aksi saingan Liga Perdana Inggeris, sekali gus terperosok di tangga ke-16 liga.

Kekalahan awal pagi tadi kepada Southampton 3-1 dan tambah mengaibkan ia kekalahan di gelanggang sendiri di Stamford Bridge.

Namun Mourinho dia terus mengisytiharkan bahawa dia adalah jurulatih terbaik untuk menerajui tugas khas seperti yang ditugaskan ketika dia kali pertama tiba di Chelsea sebagai pengurus 11 tahun lalu.

Namun keyakinannya semakin kabur ketika dia menjelaskan dengan skuad yang dibayar mahal kini beraksi dengan buruk, malah Mourinho sendiri terpaksa menurunkan pemain remaja untuk menyelamatkannya musim ini.

“Tidak sesekali saya akan meletak jawatan. Kenapa? Kerana Chelsea tidak mempunyai pengurus yang bagus berbanding saya,” katanya kepada media selepas kekalahan itu.

Reaksi pemain Chelsea selepas tewas kepada Southampton di gelanggang sendiri. – AFP
Reaksi pemain Chelsea selepas tewas kepada Southampton di gelanggang sendiri. – AFP

“Terdapat pengurus di dunia yang sama taraf dengan saya tetapi tidak lebih bagus. Jadi, tiada peluang untuk saya keluar,” katanya.

“Pertama, kerana saya mempunyai maruah profesional dan saya tahu saya amat bagus dalam tugas saya.

“Kedua, kerana saya amat sayangkan kelab ini. Saya mahu yang terbaik untuk kelab saya dan yang terbaik untuk kelab saya ialah saya terus berada di sini,” katanya.

Ia adalah kekalahan paling teruk Mourinho di gelanggang sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kedudukan Chelsea kini di dua anak tangga lagi daripada kelompok penyingkiran dan 10 mata tercicir daripada pendahulu liga.

Namun Mourinho berkata, dia akan terus bersama Chelsea sehingga pemilik kelab, Roman Abramovich dan ahli lembaga pengarah memintanya untuk berundur.

Namun, katanya setakat ini tiada isyarat bahawa dia akan diminta untuk meninggalkan Stamford Bridge.