Chelsea teruskan cabaran jelajah

Chelsea teruskan cabaran jelajah

SYDNEY, 3 Jun (Reuters) – Chelsea melabuhkan tirai kemenangan kejuaraan Inggeris mereka kali kelima musim ini dengan mencatatkan kemenangan 1-0 dalam perlawanan persahabatan ke atas Sydney FC di depan 83,598 peminat di Stadium Olympic semalam.

Pemain penyerang Perancis, Loic Remy menjaringkan gol kemenangan dengan rembatan kencang selepas minit ke-30 dan menghasilkan pertahanan kental dari pasukan kendalian Jose Mourinho itu bagi melengkapkan kemenangan pada akhir kempen mereka.

Sydney, pasukan tangga kedua dalam A-League bulan lalu, memastikan ia bukanlah perlawanan persahabatan keseluruhannya tetapi Petr Cech, yang mengawal gawang Chelsea mungkin untuk kali terakhir, dan empat pemain pertahanan dalam keadaan sukar.

Mourinho menjanjikan untuk menurunkan pasukan kuat dan dia mengotakan janjinya dengan menurunkan trio penyerang, Diego Costa, Eden Hazard dan Remy yang memberikan masalah kepada pertahanan pasukan tuan rumah dari awal perlawanan dengan pergerakan dan kemahiran mereka.

Sydney hampir menjaringkan gol dengan segera tetapi Cech menyelamatkan rembatan dari Christopher Naumoff dan pemain tengah Chelsea, Branislav Ivanovic mengeluarkan sepakan susulan Alex Brosque dari garisan.

Pasukan dari London itu terus kembali menyerang dan rembatan dari kaki kiri Costa di depan gawang ditepis keluar oleh penjaga gawang Vedran Janjetovic.

Pemain penyerang Sepanyol itu digantikan lima minit sebelum tamat perlawanan selepas memberikan isyarat dia mengalami masalah di kakinya sementara Hazard beraksi sehingga minit ke-89.

Hantaran dari pemain Belgium yang memberikan umpanan kepada Remy yang seharusnya menjadi gol keduanya pada minit ke-68, hanya menyaksikan Alex Gersbach menampan rembatan itu.

Sydney hampir menyamakan kedudukan seminit sebelum tamat apabila pemain pertahanan Seb Ryall meledakkan bola dari garisan menerusi rembatan jarak dekat tetapi pengadil perlawanan menyatakan dia terpegang bola

Perlawanan kekal dengan hanya jaringan 1-0 sehingga wisel penamat.