Chelsea tewas di laman sendiri

Chelsea tewas di laman sendiri

LONDON, 17 April (AP) – Sergio Aguero diiktiraf sebagai “penyerang terbaik di Liga Perdana” oleh pengurus Manuel Pellegrini selepas hatriknya membantu Manchester City menewaskan Chelsea 3-0 di Stamford Bridge semalam.

Kemenangan itu menjadikan minggu ini sebagai yang terbaik buat City, yang naik ke tangga ketiga di atas Arsenal dan mara ke separuh akhir di saingan Liga Juara-juara selepas menewaskan Paris St Germain pada Selasa lepas.

Satu-satunya wakil dari England dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara itu dijadual berdepan Real Madrid selepas ini.

Dan prestasi City dalam liga domestik tampak semakin meningkat dan buat kali pertamanya, pasukan kendalian Manuel Pellegrini itu menikmati tiga kemenangan liga berturut-turut dan kini berada di kedudukan ketiga carta.

Dua jaringan awal Aquero adalah daripada hasil lengkap serangan balas yang dilancarkan Kevin De Bruyne.

Sergio Aguero mempamerkan aksi hebat apabila berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan itu. – AP
Sergio Aguero mempamerkan aksi hebat apabila berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan itu. – AP

Jaringan ketiganya muncul daripada sepakan penalti selepas penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois dipersalahkan kerana melakukan kekasaran terhadap Fernandinho.

Seorang lagi pemain yang menempah nama ialah Kevin de Bruyne yang menghasilkan prestasi yang membuatkan ramai menanyakan kenapa Chelsea melepaskannya tanpa memberikannya peluang membuktikan dirinya ketika di Stamford Bridge.

Pemain Belgium itu kembali daripada kecederaan dan telah menjadi sebahagian dari posisi penting City kebelakangan ini dan sering terlibat dalam setiap serangan-serangan City, berganding hebat dengan Aguero pada dua gol pertama.

ARTIKEL YANG SAMA