Chelsea tumpas 2-1 pada Porto

Chelsea tumpas 2-1 pada Porto

PORTO, Portugal, 30 Sept (AFP) – Jose Mourinho membuat kepulangan yang menyedihkan untuk berdepan dengan kelab lamanya FC Porto semalam apabila Chelsea ditumpaskan 2-1 di tangan pasukan Portugal itu pada Liga Juara-Juara semalam.

Gol pembukaan oleh Andre Andre bagi Porto pada lewat separuh pertama segera dibatalkan oleh sepakan bebas hebat Willian, tetapi tandukan Maicon pada minit ke- 52 membuktikan ia berbeza dalam pertarungan Kumpulan G ini.

Porto adalah pemenang yang wajar, dan Mourinho kini gagal untuk mencatatkan kemenangan dalam tiga kunjungan kembali ke Estadio do Dragao sebagai pengurus Chelsea, berikutan satu lagi kekalahan 2-1 pada 2004 dan seri 1-1 pada 2007.

Lebih penting, Chelsea menurun ke tempat ketiga Kumpulan G, satu mata di belakang Porto dan Dynamo Kiev, yang menumpaskan Maccabi Tel-Aviv 2-0 di Israel dalam perlawanan lain malam semalam.

Penjaga gawang Chelsea, Asmir Begovic (bawah) terbaring atas padang selepas pemain midfield Porto, Andre Andre (dua kiri) merembat masuk gol pembukaan di Stadium Dragao di Porto pada 29 September 2015. – AFP
Penjaga gawang Chelsea, Asmir Begovic (bawah) terbaring atas padang selepas pemain midfield Porto, Andre Andre (dua kiri) merembat masuk gol pembukaan di Stadium Dragao di Porto pada 29 September 2015. – AFP

“Ia prestasi yang bagus dengan dua kesilapan yang tidak munasabah,” kata Mourinho.

“Gol kedua benar-benar kesilapan yang teruk. Kami menyaksikan berbelas-belas pengulangan Porto membuat sepakan sudut. Saya fikir kami bersedia sepenuhnya untuk keadaan itu.

“Tetapi selain daripada itu ia adalah persembahan yang seimbang. Pemain pertahanan bermain dengan baik dan tiada masalah, tetapi dua kesilapan tidak munasabah dan kami menerima hukuman.”

Jurulatih Porto, Julen Lopetegui pula berkata: “Kami gembira terutamanya kerana sikap dan mentaliti para pemain. Pada separuh kedua kamu mahu terus menyerang dan akhir memenangi perlawanan.”

ARTIKEL YANG SAMA