Chelsea usaha dapatkan Jones

Chelsea usaha dapatkan Jones

LONDON, 29 Julai (Agensi) – Chelsea sedia untuk membuat tawaran baharu bernilai 26 juta pound dalam usaha mereka mendapatkan pertahanan Everton, John Stones, malah berharap perjanjian dapat dilakukan sebelum perlawanan perisai komuniti pada Ahad ini.

Everton bertegas dengan pendirian bahawa pemain tersebut tidak akan dijual namun dijangkakan Stones mempunyai keinginan untuk berbincang bersama wakil Chelsea dan nilai tawaran yang meningkat akan dapat memujuk kelabnya untuk berunding.

Hubungan kedua-dua kelab tegang dalam tempoh beberapa minggu lalu disebabkan oleh rungutan pengurus Everton, Roberto Martinez manakala skuad The Toffees tersentak dengan komen Gary Cahill yang menggesa pemain berusia 21 tahun itu menyertai The Blues.

Sekiranya perjanjian dapat dimeterai, ia hendaklah dilakukan sebelum bermulanya musim baharu untuk memberi ruang kepada Everton mencari pengganti, dengan pemain Manchester United, Jonny Evans bakal ke Goodison Park seandainya Stones dijual.

Chelsea masih lagi memburu khidmat Jones Stones dari Everton. – Reuters
Chelsea masih lagi memburu khidmat Jones Stones dari Everton. – Reuters

Stones dilihat boleh menjadi pengganti kepada kapten The Blues, John Terry malah mampu memainkan peranan penting dalam musim baharu sekiranya dia bersetuju untuk berhijrah.

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho sebelum ini berkata bahawa bakat pemain utama Everton itu akan disia-siakan sekiranya dia terus bersama pasukannya, selepas Martinez memberitahu The Blues tiada potensi untuk mengadakan rundingan bagi mendapatkan pemain itu.

Pengurus dari Portugal itu dipetik sebagai berkata: “Satu pasaran yang baik. Sebab itu kelab kecil jika mereka memiliki pemain muda Inggeris mereka akan menggunakan pemain berkenaan dengan cara yang bersesuaian. Saya tidak mengkritik mereka. Mereka memanipulasi pasaran,” katanya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA