Chelsea, West Ham didenda

Chelsea, West Ham didenda

LONDON, 11 Nov (AFP) – Chelsea dan West Ham United dikenakan denda masing-masing 50,000 dan 40,000 pound selepas mengaku bersalah atas tuduhan salah laku membabitkan pemain pada perlawanan di Upton Park, bulan lalu.

Persatuan Bola Sepak England dalam satu pengumuman berkata, kedua-dua kelab mengaku gagal memastikan pemain mereka mematuhi etika ketika perlawanan yang berakhir kemenangan 2-1 kepada West Ham, 24 Oktober lalu.

Pemain kedua-dua pasukan meluru ke arah pengadil perlawanan, Jon Moss selepas Diafra Sakho dikasari oleh Nemanja Matic pada minit ke-44 yang menyaksikan pemain tengah Chelsea itu dibuang padang.

Pemain Chelsea dan West Ham bertegang leher dalam aksi Liga Perdana 24 Oktober lalu. – Reuters
Pemain Chelsea dan West Ham bertegang leher dalam aksi Liga Perdana 24 Oktober lalu. – Reuters

“Susulan pendengaran kes oleh Suruhanjaya Bebas Persatuan, West Ham United dan Chelsea dikenakan dengda 40,000 dan 50,000 pound selepas kedua-dua kelab mengakui tuduhan salah laku,” kata FA England.

Pada perlawanan itu, pengadil turut mengarahkan pengurus Chelsea, Jose Mourinho dan pembantunya, Silvino Louro berpindah ke tempat duduk penonton selepas melakukan protes tindakan terhadap Matic.

Mourinho sudah pun dikenakan hukuman penggantung satu perlawanan daripada berada di dalam stadium ketika Chelsea bertemu Stoke City hujung minggu lalu yang menyaksikan Chelsea tumbang 1-0.