Chen Long semakin hampir ke final

Chen Long semakin hampir ke final

DUBAI, 11 Dis (AFP) – Chen Long, pemain nombor satu dunia dari China yang berjaya keluar daripada bayang-bayang pemain terhebat sepanjang masa, layak ke separuh akhir di Dubai esok dengan mencatatkan kemenangan kedua pada peringkat kumpulan Super Series.

Chen melakukannya dengan kemenangan 21-17, 21-12 ke atas Hu Yun, rakan zaman kanak–kanaknya dari wilayah Hubei yang sekarang mewakili Hong Kong dan tidak disangka-sangka mendahului 9-5 pada permainan pertama.

Tetapi apabila Chen meningkatkan kelajuan rali dan menggabungkannya dengan beberapa pertahanan bijak, dia berjaya merapatkan jurang mata dan kemudian mendahului 9-0 pada permainan kedua, yang menamatkan persaingan.

“Perkara ini begitu normal,” jelas Chen, yang dilihat melebarkan kapasitinya berbanding taktiknya sebagai sebahagian daripada corak yang dijangka, meski pun ada seseorang yang boleh mengikuti jejak.

Chen Long kini semakin hampir ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan lawannya Hu Yun untuk mara ke separuh akhir Super Series Dubai. – AFP
Chen Long kini semakin hampir ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan lawannya Hu Yun untuk mara ke separuh akhir Super Series Dubai. – AFP

Sudah memenangi tujuh gelaran utama pada tahun ini, Chen menjadi pilihan hangat bagi mencatatkan yang kelapan, dan kejayaan mempertahankan gelaran jelajah BWF adalah salah satu dari beberapa perkara yang menyaksikan pesaingnya seorang legenda, Lin Dan, memenangi dua kali juara perseorangan Olimpik lelaki, belum dicapai.

Persaingan kumpulan akhir Chen adalah menentang Jan Jorgensen pemain nombor dua dari Denmark, yang juga layak dengan 21-17, 21-16 menentang Tian Houweo, pengganti Lin Dan.

Jorgensen menunjukkan dia bersabar dan tajam dalam melakukan pertandingan pembukaan sebelum melancarkan serangannya, dan mendakwa dia tidak akan cuba menjimatkan tenaga menentang Chen dalam pertandingan kumpulan akhir hari ini, walaupun keduanya sudah mencatatkan kemaraan.

“Saya beraksi dengan lebih baik hari ini, dan perlu mencuba melakukan yang sama menentangnya,” kata Jorgensen. “Ia adalah penting untuk terus beraksi dengan baik.”