Cherchesov sedia tambah bisa skuad Rusia

Cherchesov sedia tambah bisa skuad Rusia

MOSCOW, 24 Ogos – Pengurus baharu Russia, Stanislav Cherchesov sedia menggalas tugas membentuk pasukan mantap sebagai persiapan Piala Dunia pada 2018 di bumi sendiri.

Cherchesov menggantikan Leonid Slutski, yang melepaskan jawatan sejurus pasukan Russia tersingkir awal pada peringkat awal EURO 2016.

“Kita patut berhenti merungut dan usah merendahkan pasukan sendiri,” katanya. Cherchesov, adalah bekas pengurus kelab Legia Warszawa, Dinamo Moskva dan Spartak Moskva.

“Saya sudah biasa meletakkan sasaran tertinggi tetapi amat tidak bertanggungjawab jika saya katakan saya akan membawa Russia menjuarai Piala Dunia 2018.

“Langkah pertama saya adalah memilih kesebelasan terbaik dan menilai kedudukan dan potensi skuad Rusia ketika ini,’’ katanya.

Cherchesov akan dibantu oleh pengurus Gintaras Stau, Miroslav Romaschenko dan Vladimir Panikov dengan tugasan pertama berdepan Turki pada aksi persahabatan antarabangsa pada 31 Ogos ini diikuti pertemuan melawan Ghana pada 6 September sebelum ke aksi Piala Konfederasi FIFA 2017. – Agensi