Cheruiyot menang takhta 10,000 meter

Cheruiyot menang takhta 10,000 meter

BEIJING, 25 Ogos (Reuters) – Vivian Cheruiyot dari Kenya memenangi tiga pusingan lari pecut untuk memenangi pingat emas 10,000 meter wanita semalam, yang mengukuhkan aksi kembalinya musim ini dengan gelaran dunia keduanya dalam acara balapan terpanjang.

Pelari itu, 31, yang berehat pada 2014 kerana melahirkan anak, berada di depan 300 meter sebelum garisan penamat dan memecut dengan masa catatan 31 minit, 41.31 saat untuk memenangi semula gelaran yang dimenanginya sebagai sebahagian dari 5,000-10,000 pada kejuaraan dunia 2011 di Daegu.

Gelete Burka dari Habsyah kekal bersama Cheruiyot apabila pelari dari Kenya itu memecut tetapi tidak dapat mengajar pada larian lurus dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan masa catatan 31.41.77.

Pingat gangsa milik Emily Infield dari AS (31.43.49), yang mengatasi Molly Huddle di garisan apabila rakan senegaranya itu memperlahankan lariannya dalam apa yang difikirkannya dia berada di tempat ketiga.

Dalam ketiadaan juara dunia tiga kali dari Habsyah, Tirunesh Dibaba, yang berehat selama setahun kerana melahirkan anak, kejayaan Cheruiyot itu mengekalkan gelaran tersebut di Afrika Timur bagi kejuaraan ke-10 berturut–turut.

Infield adalah pemenang pingat dunia pertama bagi pelari bukan kelahiran Afrika dalam acara 10,000 meter wanita sejak pesaingnya Kara Goucher memenangi pingat gangsa di Osaka pada 2007.

ARTIKEL YANG SAMA