Chevrolet Brunei lancar promosi baru

Chevrolet Brunei lancar promosi baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Chevrolet Brunei, hari ini, telah melancarkan promosi ‘The GR8 Chevrolet Deals’ bagi semua model Chevrolet yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos depan.

Sepanjang tempoh promosi berkenaan, pelanggan yang membeli mana-mana model Chevrolet akan mendapat bayaran ansuran percuma selama lima bulan termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma sehingga tujuh kali.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih sama ada promosi tersebut atau baucar membeli-belah bernilai $2,000.

Eksekutif Pemasaran Chevrolet Brunei, Dayang Nurnadzirah Anati binti Abdul Rahim semasa sidang media di Bilik Pameran Chevrolet Brunei, Beribi hari ini, telah menjelaskan lebih lanjut mengenai promosi berkenaan dan keistimewaan beberapa model Chevrolet.

Menurutnya, Chevrolet Spark yang telah dianugerahkan sebagai ‘10 kereta ruang dalaman terbaik pada tahun 2013’, adalah terbaik dalam penjimatan minyak dengan penggunaan 4.8 liter sahaja bagi perjalanan 100 kilometer.

Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan ansuran termasuk perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma apabila membeli salah sebuah model Chevrolet di negara ini.
Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan ansuran termasuk perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma apabila membeli salah sebuah model Chevrolet di negara ini.

Sekarang pelanggan boleh mendapatkan bayaran ansuran percuma selama lima bulan dan tiga kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma bagi model berkenaan.

“Chevrolet Cruze dan Sonic yang menjadi model popular di Negara Brunei Darussalam turut mempunyai promosi empat bulan bayaran ansuran percuma tambahan empat kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma,” ujarnya sambil menambah, Cruze setakat ini telah dijual tiga juta unit di seluruh dunia sejak dilancarkan pada tahun 2014 hingga kini.

“Model tersebut menjadi pilihan terbaik di Amerika Syarikat kerana keluasan ruang kaki, kepala dan ruang bahu termasuk badan yang lebih lebar berbanding segmen lainnya,” tambahnya.

Selain itu, pelanggan yang membeli model Chevrolet Malibu akan mendapat tiga bulan bayaran ansuran percuma termasuk lima kali penyelenggaraan percuma dengan rim sport 18 inci percuma.

Malibu menawarkan enam beg udara dan dilengkapi dengan fungsi keselamatan aktif seperti Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Brake Assist dan kawalan Traction.

Bagi model tujuh tempat duduk, Chevrolet Orlando dan Captiva, Chevrolet Brunei menawarkan tiga bulan bayaran ansuran percuma termasuk lima kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma.

Chevrolet Orlando merupakan sebuah kereta kompak yang boleh membawa tujuh orang penumpang dengan selesa dan tempat duduk ala teater untuk memberi pemandangan depan dan sisi lebih jelas tanpa menjejaskan ruang kepala.

Jika membeli Chevrolet Captiva, pelanggan akan diberikan tambahan sensor undur percuma.

Pelanggan juga akan mendapat empat bulan bayaran ansuran percuma dan empat kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma bagi setiap Chevrolet Spin.

Spin merupakan yang pertama mempunyai transmisi 6-kelajuan automatik bagi kereta kompak MPV, direka khas untuk yang berkeluarga.

Model TrailBlazer, SUV terbesar dalam kelas Chevrolet pula ditawarkan dengan sebulan pembayaran ansuran percuma dan tujuh kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma.

Kereta tersebut menawarkan tempat duduk kulit premium, penghawa dingin di bahagian belakang dan ruang yang besar bagi tujuh penumpang dewasa.

ARTIKEL YANG SAMA