Chevrolet per...

Chevrolet perkenal program tingkatkan perkhidmatan

PETALING JAYA, 14 Feb – Naza Quest Sdn Bhd, dalam usaha untuk meningkatkan jualan dan khidmat selepas jualan, telah memperkenalkan program Chevrolet Complete Care (CCC), selaras dengan rancangan pengembangannya di seluruh negara.

Naza Quest merupakan pengimport tunggal dan pengedar kenderaan Chevrolet di Malaysia. Naib Presiden, Farid Rosli, berkata program itu membuktikan komitmen Chevrolet ke atas kewibawaan, kualiti dan nilai untuk wang.

“Ia bertujuan untuk meningkatkan pengalaman ke atas semua pelanggan Chevrolet di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran program di sini hari ini. – Bernama

Farid berkata CCC berjanji untuk memberikan kemudahan, nilai, kualiti, ketelusan dan ketenangan fikiran kepada para pelanggan Chevrolet.

“Program ini merupakan komitmen peribadi kami kepada anda,kereta serta keselamatan anda ketika bergerak di atas jalan,” katanya.

Program ini menggabungkan waranti pengilang kenderaan yang komprehensif, servis kenderaan, sistem operasi perkhidmatan bersepadu penuh, bantuan di jalan raya termasuk perkhidmatan sembang dengan unit penjagaan penjagaan.

Waranti pengilang kenderaan komprehensif Chevrolet, merangkumi tempoh lima tahun atau 200,000 km, yang mana datang dahulu.

Naza Quest, yang telah memulakan operasinya dalam 2010, mengedarkan model Chevrolet Cruze, Colorado, Orlando, Sonic dan Malibu. – Bernama