Chevron mula Pengeluaran

Chevron mula Pengeluaran

SYDNEY, 8 Mac (AFP) – Salah sebuah loji gas asli terbesar di dunia dan projek sumber terbesar Australia telah memulakan pengeluarannya, kata Chevron hari ini, ketika pasaran terus untuk bergelut dengan harga komoditi menjunam dan lebihan bekalan.

Syarikat multinasional Amerika Syarikat (AS) mengatakan projek gas asli cecair (LNG) Gorgon bernilai AS$52 bilion di luar pantai barat laut Australia, yang dilanda penangguhan dan melebihi kos, dijangka akan menghantar kargo pertamanya minggu depan.

Australia memiliki beberapa loji LNG yang lain dalam talian paip dan dijangka akan menewaskan Qatar sebagai pengeluar gas asli cecair asli terbesar di dunia menjelang 2020.

Kejatuhan dalam harga minyak, yang menekan harga LNG, dan bekalan berlebihan telah membadai syarikat tenaga, namun Chevron, firma minyak kedua terbesar AS, mengatakan ‘asas-asas (fundamental) jangka panjang LNG sangat menarik’.

“Kami menjangkakan aset legasi seperti Gorgon akan mendorong pertumbuhan jangka panjang dan mewujudkan nilai pemegang saham selama berdekad-dekad akan datang,” kata pengerusi dan ketua eksekutif Chevron, John Watson dalam satu kenyataan.

Projek LNG Gorgon Chevron yang terletak di Barat Australia telah memulakan pengeluarannya dan akan menghantar kargo pertamanya minggu depan. – Reuters
Projek LNG Gorgon Chevron yang terletak di Barat Australia telah memulakan pengeluarannya dan akan menghantar kargo pertamanya minggu depan. – Reuters

“Fundamental jangka panjang bagi LNG sangat menarik, terutamanya di rantau Asia Pasifik, dan perkara ini adalah mercu penting bagi semua yang terlibat.”

Aset Gorgon ditubuhkan sebagai satu usaha sama dengan Shell dan ExxonMobil, yang memegang kira-kira 25 peratus, dengan firma-firma Jepun, Osaka Gas (1.25 peratus), Tokyo Gas (1.0 peratus) dan Tenaga Elektrik Chubu (0.417 peratus).

Manakala, Chevron memiliki 47.3 peratus daripada usaha sama itu.

Firma AS, menerusi projek seperti Gorgon, cuba untuk meletakkan kedudukannya sebagai pembekal besar LNG, terutamanya kepada rantau Asia Pasifik menjelang 2020.

Ia juga mengoperasi Wheatstone, salah satu projek sumber terbesar Australia di rantau Pilbara, Barat Australia.

ARTIKEL YANG SAMA