Chicharito senjata utama Leverkusen

Chicharito senjata utama Leverkusen

BERLIN, 27 Sept – Nama samarannya ‘Chicharito’ bermaksud ‘kacang damit’ tetapi bekas penyerang Manchester United Javier Hernandez membuktikan satu tarikan bagi pasukan Bayer Leverkusen menjelang pertembungan Liga Juara-Juara di Monaco.

Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan hatrik keduanya dalam kelompok teratas Jerman ketika membantu Leverkusen bangkit semula setelah ketinggalan 2-1 bagi mencatatkan kemenangan 3-2 di Mainz Sabtu lalu.

“Syukur dia menemui rentak pada masa yang tepat,” kata jurulatih Leverkusen, Roger Schmidt selepas kebangkitan Mainz.

Selepas lima tahun di Old Trafford, Chicharito meninggalkan Red Devils pada Ogos 2015 untuk menyertai Leverkusen ‘Werkself’ dan menjaringkan 21 gol dalam 32 perlawanan liga dalam kelompok elit Jerman.

Chicharito (dua kanan) bersama rakan menjalani latihan di Stadium Louis II di Monaco, kelmarin. – AFP
Chicharito (dua kanan) bersama rakan menjalani latihan di Stadium Louis II di Monaco, kelmarin. – AFP

Setelah mengalami keretakan lengan dalam satu kemalangan di rumahnya Ogos lalu, Hernandez belum cergas sepenuhnya apabila beraksi selama 45 minit pertama dalam aksi pembukaan kumpulan Liga Juara-Juara Leverkusen di CSKA Moscow dua minggu lalu.

Dia membantu pasukannya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, di mana pasukan Rusia itu bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

Pemain antarabangsa Mexico itu juga adalah kunci kepada peluang pasukan Leverkusen untuk mendapatkan kemenangan pertama ke atas Monaco dalam percubaan keempat. – AFP