Chievo sekat hajat Fiorentina

Chievo sekat hajat Fiorentina

ROM, 1 Mei (AFP) – Fiorentina diikat seri 0-0 dengan Chievo awal pagi tadi bagi mengekalkan mereka di kedudukan kelima dalam Serie A dan bakal berdepan laluan sukar dalam Liga Europa musim depan.

Fiorentina kini ketinggalan empat mata di belakang Inter Milan yang akan berdepan Lazio pada awal pagi esok di mana keputusan itu adalah penting – kedudukan keempat Serie A akan menjamin tempat dalam Liga Europa tetapi pasukan di tempat kelima perlu menyertai dua perlawanan awal.

Chievo mempunyai peluang terbaik pada awal pagi tadi apabila cubaan Nicola Rigoni terkena gawang pada minit ke-57 sementara Antonio Floro Flores mensia-siakan dua peluang pada perlawanan pembukaan.

Pada malam ini, juara Juventus akan meraikan gelaran kelima mereka di depan peminat sendiri apabila menerima kunjungan pasukan yang bergelut, Carpi. Juventus memenangi 24 perlawanan dan seri sejak kekalahan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA