Chile alami kerugian salmon AS$800 juta

Chile alami kerugian salmon AS$800 juta

SANTIAGO, 10 Mac (Reuters) – Satu alga mekar telah menjejaskan pengeksport salmon kedua terbesar di dunia, Chile, di mana hampir 23 juta ikan telah mati dan kesan ekonomi akibat kehilangan pengeluaran dilihat meningkat AS$800 juta, beritahu sumber industri dan kerajaan kepada Reuters.

Terdapat banyak ikan yang mati, sehingga ia boleh mengisi 14 kolam renang saiz Olimpik, kata Jose Miguel Burgos, ketua badan perikanan kerajaan Sernapesca.

Suhu lautan yang amat tinggi, sebahagiannya disebabkan fenomena cuaca El Nino, telah mencetuskan kemekaran alga yang telah menjejaskan 37 daripada hampir 415 ladang salmon yang beroperasi di selatan Chile. Kebanyakan ladang terletak dalam kurungan lautan atau di muara.

“Suhu adalah 2 hingga 4 darjah melebihi purata kali ini pada tahun ini, terdapat banyak cahaya matahari, kekurangan hujan dan sedikit angin, kesemuanya merupakan keadaan yang sesuai untuk alga mikro muncul,” kata Burgos.

El Nino membawa kepada suhu laut yang lebih panas di barat lautan Pasifik, yang bermakna lebih banyak hujan turun di Amerika Selatan dan kurang di Australia dan Asia Tenggara.

Sebuah trak membawa ikan salmon yang diambil di syarikat Fiordo Austral di Calbuco, berhampiran Puerto Montt, Chile pada 5 Mac. – AFP
Sebuah trak membawa ikan salmon yang diambil di syarikat Fiordo Austral di Calbuco, berhampiran Puerto Montt, Chile pada 5 Mac. – AFP

Namun bagi Liesbeth van der Meer, yang mengetuai kumpulan alam sekitar Oceana di Chile, perpindahan daripada ternakan berdekatan menimbulkan kepadatan nitrogen yang apabila bergabung dengan suhu melebihi paras biasa, sekaligus mewujudkan senario ideal untuk alga bertumbuh.

Ladang salmon berhampiran sekatan bandar Puerto Montt dan pulau Chiloe telah menerima kesan paling teruk kembangan alga beracun.

Pengeluar Marine Harvest, Australia Seafoods, Compania Pesquera Camanchaca, Blumar, Multiexport Foods, Crmaq Group AS dan Empresas AquaChile telah melihat beberapa ladang salmon mereka terjejas,menurut data yang diberikan oleh Kementerian Ekonomi dan fail syarikat dengan pengawal keselamatan Chile SVS.

ARTIKEL YANG SAMA