Chile bakal hab Proton ke Amerika Latin

Chile bakal hab Proton ke Amerika Latin

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) – Chile akan dijadikan hab bagi kemasukan kereta Proton ke pasaran Amerika Latin, kata Duta Besar Malaysia ke negara itu, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahya.

Beliau berkata satu mesyuarat yang diadakan minggu lepas antara kedutaan di Santiago dengan Persekutuan Teksi Chile, akan terus meningkatkan permintaan bagi kereta Proton.

Ini terutamanya bagi model Saga yang mungkin digunakan sebagai teksi di Chile.

“Persekutuan teksi sedang mengkaji usaha itu,” katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan.

Proton kembali ke Chile pada Mei tahun ini dan dijangka menjual ribuan model Preve, Exora dan Saga menjelang akhir tahun.

Keluaran terbaru kereta Proton Perdana yang menarik lebih banyak pelanggan dengan bentuknya yang lebih besar. Dalam usaha untuk mengembangkan lagi pasaran ke luar negara, Datuk Dr Mohamad Rameez berkata Chile akan dijadikan hab bagi kemasukan kereta Proton ke pasaran Amerika Latin. – Bernama
Keluaran terbaru kereta Proton Perdana yang menarik lebih banyak pelanggan dengan bentuknya yang lebih besar. Dalam usaha untuk mengembangkan lagi pasaran ke luar negara, Datuk Dr Mohamad Rameez berkata Chile akan dijadikan hab bagi kemasukan kereta Proton ke pasaran Amerika Latin. – Bernama

Andesmotor, sekutu syarikat terkenal Kauffman Group, adalah ejen pengedaran bagi Proton di Chile.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mohd Rameez berkata Proton menyerahkan Proton Exora 1.6 Supreme kepada kedutaan minggu lepas, sebagai sebahagian daripada kerjasama untuk mempromosikan Malaysia dan pelancongan kepada warga Chile dan negara itu.

Proton Exora berkenaan dihiasai pelekat yang menggambarkan tempat-tempat menarik di Malaysia di samping lambang ‘Melawat Malaysia’ serta Menara Kembar Kuala Lumpur, untuk memastikan promosi itu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif.

“Kereta itu juga dipamerkan semasa promosi pelancongan Malaysia dan ASEAN di Santiago.

“Melalui usaha mempromosi Malaysia secara inovatif, selain daripada penjimatan kos bagi kerajaan, (ia) akan membantu mempromosikan Proton kepada rakyat Chile,” kata Mohd Rameez.

Beliau berkata langkah itu juga boleh membantu meningkatkan lagi perdagangan, pelancongan dan hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dan Chile.

ARTIKEL YANG SAMA