Chile belasah Mexico 7-0

Chile belasah Mexico 7-0

SANTA CLARA, AS, 19 Jun (AFP) – Eduardo Vargas menjaringkan empat gol ketika pasukan Chile memberikan Mexico kekalahan bersejarah mereka 7-0 untuk mara ke separuh akhir Copa America Centenario, pagi tadi, di sini.

Pemain penyerang Hoffenheim, Vargas melengkapkan hatrik dalam 13 minit setiap separuh masa untuk membawa Chile ke separuh akhir menentang Colombia di Chicago pada Rabu depan.

Kekalahan tersebut adalah yang terburuk Mexico dalam perlawanan utama. Kekalahan terbesar mereka sebelumnya adalah 6-0 kepada Jerman Barat dalam Piala Dunia 1978 di Argentina.

Kekalahan itu adalah hanya satu gol dari kekalahan Mexico dalam mana–mana perlawanan antarabangsa, tewas 8-0 kepada England di London pada 1961.

Vargas menjaringkan gol keempat pada minit ke-74 untuk memberikan Chile pendahuluan 6-0.
Tetapi hukuman tersebut tidak berakhir di sana dengan Edson Puch menambah gol ketujuh pada minit ke-88 bagi gol keduanya dalam perlawanan itu.

Eduardo Vargas (tengah) yang beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut. – AFP
Eduardo Vargas (tengah) yang beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut. – AFP

pg24_160620_CopaAmericaLogo

Chile, juara Copa America tahun lepas di laman sendiri, menghadapi persekitaran sukar di depan 70,547 pemerhati di Stadium Levi’s, tempat bagi pasukan San Francisco 49ers.

Tetapi biarpun penonton yang ramai pro-Mexico, Chile dengan pantas menyelesaikannya, dengan Puch membuka jaringan pada minit ke-16 apabila menyudahkan bola yang melantun daripada rembatan Marcelo Diaz selepas Guillermo Ochoa hanya mampu untuk menepis keluar.

Vargas menjaringkan gol kedua seminit sebelum separuh masa pertama berakhir untuk mengejutkan penonton ketika kedua pasukan menuju rehat.

Chile kemudian menguasai lebih awal pada separuh masa kedua dengan memecahkan pertahanan pasukan Mexico.

Bintang Arsenal, Alexis Sanchez menukar kedudukan menjadi 3-0 pada minit ke-49 sebelum dua lagi gol dari Vargas pada minit ke-52 dan 57 mengecewakan Mexico.

Beberapa pemain Mexico jelas keletihan dalam menghadapi keadaan itu, dan bagi beberapa keadaan perlawanan itu menyerupai latihan bagi Chile ketika mereka terus menguasai.

Gol keempat Vargas menukar kedudukan menjadi 6-0 pada malam itu sebelum Puch menjaringkan gol untuk melengkapkan jaringan.