Chile kejutkan Uruguay

Chile kejutkan Uruguay

SANTIAGO, 25 Jun (AFP) – Tuan rumah Chile menyingkirkan Uruguay daripada saingan Copa America semalam selepas menang 1-0 pada pertemuan suku akhir, sekali gus menghampiri impian mendakap piala berprestij Amerika Selatan itu buat kali pertama.

Pertembungan dramatik di Stadium Estadio Nacional itu menyaksikan penyandang juara, Uruguay terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas penyerangnya, Edinson Cavani dan pemain pertahanan Jorge Fucile dibuang padang.

Gol tunggal Chile dihasilkan pada minit kelapan menerusi pemain pertahanan Juventus, Mauricio Isla.

Fucile dikeluarkan dari padang selepas memperoleh kad kuning kedua pada minit terakhir permainan sehingga mencetuskan ketegangan antara pemain dan pegawai kejohanan kedua-dua pasukan.

Penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera gagal menyelamatkan rembatan pemain Chile Mauricio Isla (dua kiri) dalam aksi suku akhir Copa America di Stadium Nasional, Santiago semalam. – Reuters
Penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera gagal menyelamatkan rembatan pemain Chile Mauricio Isla (dua kiri) dalam aksi suku akhir Copa America di Stadium Nasional, Santiago semalam. – Reuters

Malah, insiden itu juga menyebabkan jurulatih veteran Uruguay, Oscar Tabarez memasuki padang.

Pengadil dari Brazil, Sandro Meira Ricci sebelum itu menimbulkan rasa tidak puas hati pemain Uruguay apabila keputusannya melayangkan kad kuning kepada kepada Cavani pada minit ke-61.

Cavani, bintang Paris Saint-Germain itu diberi kad kuning pertama pada aksi separuh masa pertama kerana mengasari Arturo Vidal, dan kad merah apabila menguis tangannya ke arah muka pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara.

ARTIKEL YANG SAMA