Chile lapor kes pertama Zika

Chile lapor kes pertama Zika

BUENOS AIRES, 27 Mac (Reuters) – Chile telah mengesahkan kes pertama virus Zika yang telah dijangkiti menerusi seksual, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan dalam laman webnya kelmarin.

Virus itu berkaitan dengan ribuan kes yang disyaki mengakibatkan cacat kelahiran di Brazil.

Kes baru di Chile itu menjangkiti wanita berusia 46 tahun yang rakannya telah dijangkiti semasa di Haiti. Chile, tempat nyamuk memindahkan virus itu tidak ditemui, telah mengesahkan 10 kes Zika melibatkan orang yang dijangkiti di luar negara.

Terdapat bukti meningkat yang mengatakan kaitan antara Zika dan mikrosefali dalam anak damit. Keadaan itu ditakrifkan dengan kepala kecil luar biasa yang boleh mengakibatkan masalah perkembangan.

Brazil mengatakan ia telah mengesahkan lebih 900 kes mikrosefali dan menganggap kebanyakannya berkaitan dengan jangkitan Zika semasa dalam kandungan ibu.