Chile ‘layu’ di Ecuador

Chile ‘layu’ di Ecuador

QUITO, 7 Okt – Juara Amerika Selatan Chile mengalami satu lagi kesukaran dalam harapan kelayakan Piala Dunia 2018 mereka Rabu lalu selepas tewas 3-0 menentang Ecuador untuk terus kekal di luar slot kelayakan.

Chile, pasukan dominan rantau itu dalam tempoh dua tahun dengan kemenangan berturut-turut Copa America, tewas ketika Ecuador mempamerkan persembahan menarik di Estadio Olimpico Atahualpa.

Gol Antonio Valencia dari Man United, Cristian Ramirez dari Ferencvaros dan Fleipe Caicedo dari Espanyol menyelamatkan tiga mata pasukan tuan rumah.

Chile belum pernah menang dalam perlawanan di Quito yang terletak 2,743 meter di atas paras laut.

Rekod lama kegagalan itu tidak pernah berakhir ketika Ecuador melakukan serangan dari sepak mula dengan tekanan yang berterusan.

Reaksi Arturo Vidal dan Mena selepas Chile tewas kepada Ecuador dalam aksi kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan di Quito, kelmarin. –AFP
Reaksi Arturo Vidal dan Mena selepas Chile tewas kepada Ecuador dalam aksi kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan di Quito, kelmarin. –AFP

Gol pembukaan hadir selepas 19 minit, apabola Enner Valencia mendapatkan Antonio Valencia di luar kotak penalti.

Pemain Manchester United itu tidak melakukan kesilapan dengan penyudah menarik dengan melepaskan ledakan ke bahagian bawah menewaskan penjaga gol Manchester City Caludio Bravo.

Empat minit kemudian Ecuador mendahului 2-0. Bravo yang melalui permulaan tidak pasti pada permulaan kerjaya di Manchester City, jelas di luar kedudukan dan ketika pertahanan pasukan Chile bergelut untuk menghalang rembatan Cristian Ramiroez menyaksikan stadium bertukar ceria.

Chile terjejas pada separuh masa pertama tanpa bolos gol seterusnya tetapi tidak lama kemudian menghadapi masalah pada separuh masa kedua.

Enner Valencia terlepas peluang keemasan untuk menukar kedudukan menjadi 3-0 tetapi beberapa ketika kemudian Felipe Caicedo menjaringkan sepakan Antonio Valencia untuk memastikan pasukan Chile tidak mendapat peluang untuk bangkit. – AFP