Chile mara ke suku akhir

Chile mara ke suku akhir

PHILADELPHIA, 15 Jun (AP) – Eduardo Vargas dan Alexis Sanchez masing-masing meledak dua gol untuk kemenangan 4-2 Chile ke atas Panama dalam aksi Copa America Centenario, sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan Chile di tangga kedua Kumpulan D di belakang Argentina yang sedang beraksi menentang Bolivia sekarang.

Chile dijangka akan bertemu juara Kumpulan C, Mexico pada aksi suku akhir di Santa Clara, California Sabtu ini dan Panama tersingkir daripada kejohanan.

Miguel Camargo membuka jaringan seawal minit kelima tetapi Vargas kembali menyamakan kedudukan 10 minit kemudian sebelum meledak gol keduanya di akhir babak pertama.

Selepas rehat, Sanchez melebarkan jurang pada minit ke-50 tetapi Panama bangkit merapatkan jurang pada minit ke-75 menerusi Abdiel Arroyo. Juara bertahan itu bagaimanapun memastikan kemenangan apabila Sanchez meledak gol keduanya pada minit ke-90.

Eduardo Vargas (11) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Panama di Lincoln Financial Field, kelmarin. – AFP
Eduardo Vargas (11) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Panama di Lincoln Financial Field, kelmarin. – AFP

pg20_160615_CopaAmericaLogo

Chile cemas pada awal permainan apabila Camargo memberikan Panama gol pendahuluan. Pertahanan Chile, Gonzalo Jara adalah puncanya selepas memberikan hantaran lemah dari benteng, sekali gus memberikan Panama peluang untuk menyambar.

Bola tiba di kaki Camargo dan pemain tengah itu pantas membuat rembatan rendah yang gagal dibaca oleh penjaga gol Barcelona Claudio Bravo untuk memberikan Panama 1-0.

Bagaimanapun, Chile bangkit dengan pantas untuk gol penyamaan melalui Vargas, yang menolak bola masuk dari jarak dekat selepas penjaga gol Panama Jaime Penedo gagal menampan rembatan Sanchez.

Gary Medel sepatutnya memberikan Chile mendahului pada minit ke-38, selepas tidak dikawal dekat tiang gol dan menanduk tendangan sudut Sanchez tetapi tersasar. Namun dua minit sebelum rehat, Chile mendahului selepas Vargas menanduk hantaran silang dari sebelah kiri untuk menjadikan kedudukan 2-1.

ARTIKEL YANG SAMA