Chile mesti menang

Chile mesti menang

MONTEVIDEO, 11 Okt – Chile menghadapi perlawanan perlu menang menentang pesaing serantau, Peru esok ketika juara Amerika Selatan itu berusaha untuk menebus kekecewaan selepas permulaan hambar dalam kempen Piala Dunia 2018.

Selepas tewas 3-0 kepada Ecuador di Quito Khamis lalu, Chile pulang ke Santiago dengan ketinggalan lima mata di belakang tempat kelayakan persaingan Amerika Selatan bagi kemunculan dalam Piala Dunia di Rusia.

Chile, kuasa dominan di Amerika Selatan sejak dua tahun dengan kemenangan berturut-turut pada 2015 dan 2016 dalam Copa America, masih memiliki masa untuk menukar rentak kempen dengan kelayakan berbaki sembilan perlawanan.

Tetapi selain daripada kemenangan menentang Peru esok sudah pasti meletakkan risiko kepada mereka untuk bersaing jika mahu layak ke pentas final Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

“Kami perlu menjaringkan gol, dan perlu menang kerana kami beraksi di laman sendiri. Kemenangan adalah satu-satunya pilihan kami sekarang,” kata pemain midfield Chile, Marcelo Diaz, yang masih lagi merasa kecewa daripada kekalahan kepada Ecuador minggu lalu.

“Kami tewas, kami beraksi dengan permainan yang teruk dan hanya itu dapat saya katakan,” kata Diaz. “Apa yang boleh kami lakukan adalah untuk bersedia esok bagi mencuba dan menukar cerita apa yang kami lakukan,” tambah pemain Celta Vigo.

Pemain pertahanan veteran, Gonzalo Jara mengakui pasukan bergelut dengan kegagalan untuk mendapatkan lebih dari satu mata dari tiga perlawanan lalu, keputusan seri 0-0 menentang Bolivia, salah sebuah pasukan paling lemah dalam persaingan kelayakan.

“Kami tidak beraksi dengan baik. Kami tidak mencipta banyak peluang seperti yang biasa kami lakukan,” kata Jara.

Satu-satunya peluang bagi Chile adalah Peru, yang belum pernah menang di Santiago sejak 1985 walaupun beraksi lebih mantap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA