‘Chile padi’ sedia hadapi Uruguay

‘Chile padi’ sedia hadapi Uruguay

SANTIAGO, 24 Jun (Reuters) – Tuan rumah Copa America, Chile sudah menjalani latihan bertahan menghalang situasi bola mati menjelang pertemuan sukar suku akhir menentang Uruguay, esok.

Dianggap skuad yang memiliki tubuh paling kecil dalam Copa, purata ketinggian pemain Chile ialah 1.76 meter (m) dengan dua tonggak pertahanan, Gonzalo Jara dan Gary Medel hanya memiliki ketinggian 1.78m dan 1.72m.

Ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan purata ketinggian pemain Uruguay iaitu 1.80m dengan pemain tengah, Sebastian Coates mempunyai ketinggian 1.96m dan dianggap salah seorang pemain paling tinggi dalam kejohanan.

Rakan gandingannya Coates di pertahanan tengah, Diego Godin pula mempunyai ketinggian 1.86m manakala penyerang utamanya, Edinson Cavani mempunyai ketinggian 1.84m.

“Ia kelebihan utama Uruguay,” kata pemain tengah Chile, Charles Aranguiz sejurus pertemuan suku akhir itu disahkan. “Mereka memiliki pemain-pemain yang besar yang beraksi dengan amat baik daripada situasi bola mati.

Skuad Copa Chile yang diturunkan untuk menentang Bolivia 19 Jun lalu. (Belakang, dari kiri) Claudio Bravo, Mauricio Isla, Gonzalo Jara, Jean Beausejour dan Arturo Vidal, (depan, dari kiri) Alexis Sanchez, Marcelo Diaz, Gary Medel, Jorge Valdivia, Eduardo Vargas dan Charles Aranguiz. – AFP
Skuad Copa Chile yang diturunkan untuk menentang Bolivia 19 Jun lalu. (Belakang, dari kiri) Claudio Bravo, Mauricio Isla, Gonzalo Jara, Jean Beausejour dan Arturo Vidal, (depan, dari kiri) Alexis Sanchez, Marcelo Diaz, Gary Medel, Jorge Valdivia, Eduardo Vargas dan Charles Aranguiz. – AFP

“Bukanlah satu rahsia yang Uruguay boleh merobek gawang kamu menerusi bola mati. Kamu perlu memberi tumpuan dan amat bertekad apabila mengawal pemain.” Marcelo Diaz yang mempunyai ketinggian 1.66m dan pemain paling kecil dalam skuad Chile berkata mereka akan cuba untuk mengekalkan bola di bahagian bawah dan memberi tumpuan kepada corak permainan hantaran pantas.

“Peluang terbaik kami untuk menewaskan mereka ialah dengan menguasai bola, bermain corak permainan bola sepak kami.

“Kami sudah berlatih bagaimana untuk menewaskan pertahanan mereka yang amat kuat dan mengurangkan kesilapan,” katanya. Uruguay dan Chile adalah dua pasukan tertua dalam sejarah bola sepak di Amerika Selatan dan menjadi antara tonggak penganjuran pertama Copa pada 1916. Begitupun ketika Uruguay sudah memenangi Copa dengan rekod sebanyak 15 kali manakala Chile tidak pernah memenanginya.

Daripada 28 pertembungan dalam Copa sebelum ini, 18 daripadanya memihak Uruguay dan enam Chile.

ARTIKEL YANG SAMA