China: 77 berhubung dengan pesakit MERS

China: 77 berhubung dengan pesakit MERS

BEIJING, 1 Jun (AFP) – China kini mencari 13 orang yang bersentuhan dengan orang pertama memasuki negara itu dengan virus MERS, pegawai kesihatan mengatakan, menambah 64 lagi sudah pun dikuarantin.

Seramai 11 orang yang menaiki bas bersama dengan lelaki berusia 44 tahun dari Korea Selatan yang memasuki China dengan penyakit itu adalah antara 13 yang dicari, kata pegawai kesihatan di wilayah selatan Guangdong.

Lelaki tersebut yang menaiki penerbangan dari Hong Kong ke Seoul pada Selasa minggu lalu, sebelum membuat perjalanan ke tanah besar di Huizhou, di Guangdong melalui bas, tidak mengendahkan nasihat doktor untuk tinggal di rumah, akhbar harian China Daily melaporkan semalam.

Dia kini di bawah kuarantin, di mana ‘tanda vitalnya stabil dan kadar degupan jantung dan tekanan darahnya normal,’ menurut laporan itu lagi.

Tidak ada seorang pun yang dikuarantin ‘tampak tidak sihat,’ Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Guandong menjelaskan lewat semalam dalam satu pos online.

“Kami masih perlu mendapatkan 13 orang, antaranya 11 penumpang bas,” menurut pos di Sina Weibo, versi Twitter China mengatakan. Ia menambah tiada rekod penumpang dicatatkan.

MERS atau Sindrom Pernafasan Timur Tengah boleh mengakibatkan simptom kesakitan akibat flu kepada pneumonia dan kegagalan buah pinggang.

Ia dianggap boleh membawa maut namun kurang berjangkit berbanding Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SAR) yang membunuh beratus orang apabila ia muncul di Asia dalam 2003.

ARTIKEL YANG SAMA