China ada cukup alat untuk pastikan ekonomi kekal mantap

China ada cukup alat untuk pastikan ekonomi kekal mantap

BOAO, China, 24 Mac (Reuters) – China mempunyai alat dasar mencukupi untuk memastikan ekonominya kekal stabil walaupun terdapat masalah struktur yang telah “berakar umbi” dan tekanan ke bawah, kata Perdana Menteri Li Keqiang pada Khamis (24 Mac), sekali gus membawa ketenangan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kelembapan di negara itu.

Bercakap dalam sebuah forum tahunan di Boao, di pulau selatan Hainan, Encik Li berkata kadar pertumbuhan ekonomi tinggi tidak dapat berterusan, maka pemerintah akan memberi lebih perhatian pada mutu dan kecekapan pertumbuhan ekonomi.Komen beliau mengulangi kenyataan sebelum ini oleh penggubal dasar yang bergelut dengan cabaran pertumbuhan kian perlahan, hutang bertambah dan keperluan mendesak memacu penyusunan semula dan pembaharuan ekonomi yang tertunggak.

“Dalam negeri, China menghadapi masalah struktur yang sudah berakar umbi dan ekonomi terus menghadapi tekanan menurun, terutamanya sedang kami cuba menyusun semula dan menaik taraf,” kata Encik Li.

ARTIKEL YANG SAMA