China adakan latihan tentera di sempadan Myanmar

China adakan latihan tentera di sempadan Myanmar

BEIJING, 1 Jun (AFP) – Tentera China akan mengadakan latihan peluru hidup berhampiran sempadannya dengan Myanmar, media setempat melaporkan hari ini, ketika kesan dari pemberontakan etnik yang berlaku di negara Asia Tenggara itu sudah memasuki China.

Agensi berita rasmi Xinhua, yang memetik sumber tentera yang tidak dikenali, berkata latihan itu akan bermula esok di wilayah Yunan, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut, seperti senjata apa yang akan digunakan.

Laporan itu berlaku ketika ketegangan meningkat di kawasan sempadan ketika Myanmar bergelut dengan pemberontakan etnik di timur laut negeri Shan. Negara itu mengisytiharkan darurat di rantau Kokang pada Februari lalu.

Bulan lalu pihak berkuasa di barat daya China berkata lima orang – seorang warga China dan empat dari Myanmar – cedera selepas dua letupan melanda kawasan itu.

Pada Mac lalu, pesawat penggempur Myanmar menjatuhkan bom di padang tebu, membunuh lima warga China dan mencederakan lapan yang lain.

Beijing berang dan memberikan tindak balas dengan menghantar pesawat penggempurnya untuk meronda sempadan, dengan Perdana Menteri Li Keqiang berjanji untuk “pasti’ melindungi warganya.

ARTIKEL YANG SAMA