China, Afrika perkukuh kerjasama perangi pengganas

China, Afrika perkukuh kerjasama perangi pengganas

BEIJING, 26 Nov (Reuters) – China akan mengukuhkan kerjasamanya dengan Afrika dalam memerangi pengganas selepas serangan minggu lalu oleh militan-militan Islam di Mali yang mengorbankan 19 orang, termasuklah tiga orang warga China, menurut menteri luar China hari ini.

Presiden China Xi Jinping minggu lalu menggesa jabatan-jabatan berkaitan supaya meningkatkan keselamatan kerja di luar sempadan China selepas lelaki-lelaki bersenjata menyerang sebuah hotel di bandar Mali pada 20 November lalu.

Tiga warga China yang terbunuh dalam serangan hotel itu adalah eksekutif dari China Railway Construction Corp milik kerajaan.

“Ketika China terus meningkatkan kerjasama pragmatik antara China dan Afrika, kami akan mengukuhkan kerjasama dua hala dalam mencegah keganasan dan memerangi faham pelampau,” Menteri Luar Wang Yi berkata dalam ucapan kepada para diplomat dan para pemberita.

Dia tidak memberikan sebarang butiran.

ARTIKEL YANG SAMA