China akan cipta sejarah

BEIJING, 11 Mac – Parlimen China hari ini dijangka memberikan Presiden Xi Jinping tampuk pemerintahan secara bebas untuk memimpin kuasa terbesar Asia, dengan potensi undian membantah satu-satunya yang membawa saspens kepada undian bersejarah itu.

Kongres Rakyat Kebangsaan sudah pasti akan meluluskan pindaan berperlembagaan yang mengejutkan ramai di China, yang mencetuskan serangan kritikan luar biasa hingga pihak penapisan tergesa-gesa memadamkannya.

Langkah itu mengubah era kepimpinan ‘kolektif’ dan penggantian teratur yang diusahakan oleh pemimpin tertinggi mendiang Deng Xiaoping untuk memastikan kestabilan ekoran pemerintahan bergolak seorang pemimpin oleh pengasas China Komunis, Mao Zedong.

Xi, 64 tahun telah mengukuhkan kuasa sejak mengambil alih jawatan sebagai setiausaha Parti Komunis pada tahun 2012 – pangkat yang paling utama yang tidak ada had penggal tetapi dua presiden sebelum beliau telah melepaskan pangkat itu selepas dua penggal.

Presiden China Xi Jinping mengundi pada sesi pleno ketiga, sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-13 (NPC) di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 11 Mac 2018. Parlimen China dijangka memberikan Jinping tampuk pemerintahan secara bebas untuk memimpin negara tersebut. – AFP

Beliau perlu melepaskan jawatan presiden selepas akhir penggal keduanya dalam tahun 2023, tetapi kini beliau menduduki jawatan sepanjang hayatnya untuk menggerakkan wawasannya memulihkan China sebagai kuasa besar sejagat dengan ketenteraan ‘kelas dunia’.

Kebangkitannya diiringi oleh sekatan paling ketat ke atas masyarakat awam, dengan penahanan aktivis dan peguam, dan had lebih ketat ke atas Internet yang sudah pun dikawal ketat.

Pada waktu yang sama, beliau meraih populariti dalam kalangan rakyat China menerusi tindakan tanpa henti ke atas rasuah yang telah menghukum lebih sejuta pegawai parti dan menyingkirkan saingan-saingan yang berpotensi.

“Saya berpendapat dalam tempoh lima tahun lalu, beliau telah melancarkan rampasan kuasa lembut, termasuklah menjadikan Politburo hanyalah sebagai boneka,” pengulas oplitik China Wu Qiang memberitahu AFP, dengan merujuk kepada badan parti Komunis yang mempunyai 25 anggota yang satu tingkat di bawah majlis memerintah. – AFP