China akan henti semua perdagangan saham

China akan henti semua perdagangan saham

SHANGHAI, 8 Sept – China merancang menghentikan kesemua perniagaan di pasaran sahamnya jika mereka bergerak lima peratus atau lebih, menurut satu kenyataan daripada dua bursa negara, tatkala pihak berkuasa berusaha mengawal satu keadaan kucar-kacir.

Jika indeks CSI 300 yang terdiri daripada 300 syarikat disenarai naik atau merosot lima peratus, pihak berkuasa akan menggantung perniagaan di bursa Shanghai dan Shenzhen selama 30 minit, kata kenyataan daripada bursa.

Namun sekiranya indeks – yang termasuk syarikat seperti syarikat perbankan ICBC dan syarikat minyak PetroChina dan Sinopec – bertambah atau meningkat tujuh peratus, perniagaan akan dihentikan untuk sepanjang hari, katanya.

Mekanisme itu – digelar “pemutus litar” – akan “mengelak risiko pasaran” dan memupuk “kestabilan jangka panjang dan perkembangan sihat pasaran sekuriti,” kata kenyataan lewat semalam.

Tindakan itu merupakan langkah terbaru yang diambil oleh pegawai ketika mereka cuba mengawal gelembung daripada pecah yang telah melihat Indeks Komposit Shanghai merosot sebanyak kira-kira 40 peratus sejak pertengahan Jun, setelah meningkat lebih daripada 150 peratus dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.

Selepas keadaan kucar-kucir itu, China melancarkan satu pakej langkah luar biasa untuk merangsang harga sahamnya, termasuk membiayai sebuah syarikat milik kerajaan untuk membeli saham, dalam dasar yang dikritik sebagai menentang pembaharuan pasaran.

Bank pelaburan Goldman Sachs menganggarkan kerajaan China telah membelanjakan 1.5 trilion yuan untuk menyokong pasaran sahamnya dalam tempoh tiga bulan lalu, lapor Bloomberg News. – AFP