China akan lancar pelayaran ke pulau Spratly

China akan lancar pelayaran ke pulau Spratly

BEIJING, 22 Jun (AFP) – Kapal pelayaran China akan membawa pelancong ke Pulau Spratly di Laut China Selatan yang menjadi rebutan menjelang 2020, menurut laporan hari ini, ketika ketegangan memuncak di rantau itu.

Beijing menegaskan kedaulatannya hampir kepada keseluruhan Laut China Selatan, meskipun tuntutan bertindih dari negara-negara jiran Asia Tenggara, dan rancak membina terumbu di pulau buatan yang mampu menempatkan pesawat tentera.

Syarikat-syarikat China sudah mengoperasikan kapal-kapal layar – bagi warga China sahaja – ke Pulau Paracel.

Cadangan baru itu berusaha untuk membangunkan laluan ke Spratlys, yang lebih ke selatan, menurut China Daily, yang disiarkan oleh kerajaan.

Ia memetik dokumen yang disiarkan oleh pihak berkuasa di pulau selatan wilayah Hainan, tempat kapal-kapal itu berlepas.

“Pulau-pulau Nansha merupakan wilayah dara bagi industri pelancongan China,” kata pegawai pelancongan wilayah, Sun Xiangtao memberitahu akhbar, menggunakan nama China, Spartlys.

Vietnam, Malaysia, Taiwan, Brunei dan Filipina semuanya mempunyai tuntutan bertindih berhubung sebahagian Spartlys.

ARTIKEL YANG SAMA