China akan lepaskan panda ke hutan

China akan lepaskan panda ke hutan

CHENGDU, 3 Feb – China akan membebaskan seekor lagi beruang panda yang dibiakkan dalam kurungan ke hutan pada musim bunga, menurut laporan agensi berita Xinhua, China dengan merujuk pusat pembiakan di Sichuan.

Hua Yan, panda betina berusia dua tahun, akan menjadi panda keenam yang dibiakkan dalam kurungan untuk dibebaskan ke hutan selepas selesai menjalani latihan hutan selama dua tahun, menurut Huang Yan, ketua jurutera Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan China bagi Panda (CCRCGP).

“Ini adalah kali pertama kami membebaskan panda di musim bunga. Ini adalah sebahagian program lebih luas untuk memperkenalkan lebih banyak panda yang dibiakkan dalam kurungan kepada kehidupan di hutan untuk mempelbagaikan kumpulan gen,” kata Huang lagi.

Sebelumnya, panda dibebaskan pada lewat musim gugur atau awal musim sejuk, masa apabila panda muda liar lazimnya meninggalkan ibu mereka untuk hidup bebas.

“Projek panda hidup di dunia adalah peringkat sangat awal dan kami perlu menghantar panda itu kembali ke alam semula jadi pada waktu berlainan untuk menyelesaikan waktu terbaik bagi pembebasan itu. Serta kami percaya panda betina akan lebih dialu-alukan oleh panda liar apabila mereka dalam suasana panas,” ujarnya.

Beruang panda ‘Ximei’ bermain dengan anak panda yang berusia setahun apabila ia memanjat pokok di Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan di Wolong, wilayah Sichuan. – Reuters
Beruang panda ‘Ximei’ bermain dengan anak panda yang berusia setahun apabila ia memanjat pokok di Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan di Wolong, wilayah Sichuan. – Reuters

China mula membebaskan panda yang dibiakkan dalam kurungan ke dalam hutan dalam tahun 2006 apabila Xiang Xiang, jantan berusia lima tahun dibebaskan ke dalam Simpanan Semula Jadi Kebangsaan Wolong. Bagaimanapun Xiang Xiang mati kira-kira setahun kemudian selepas berkelahi dengan panda-panda lain kerana makanan dan wilayah.

Pembebasan terbaru ialah Hua Jiao, betina berusia dua tahun, pada November 2015.Para penyelidik telah menjejaki Hua Jiao, Tao Tao dan Zhang Xiang dengan bantuan kolar GPS, alat kedudukan radio dan DNA. Data pengawasan menunjukkan binatang itu dalam keadaan baik.

Beruang panda adalah salah satu spesis paling terancam di dunia. Kurang dari 2,000 ekor panda hidup di hutan, kebanyakannya di wilayah-wilayah Sichuan dan Shaanxi. Terdapat 375 panda hidup dalam kurungan pada akhir 2013, kira-kira 200 dari mereka di CCRCGP. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA