China arah tutup ribuan kilang

China arah tutup ribuan kilang

BEIJING, 1 Dis (AFP) – China mengarahkan beribu–ribu kilang ditutup ketika ia berdepan dengan kabus melemaskan hampir 24 kali ganda daripada paras selamat hari ini, yang membayangi penyertaan negara tersebut dalam perbincangan iklim di Paris.

Asap tebal berwarna kelabu menyelubungi Beijing, dengan PM 2.5, partikel mikroskopik merbahaya yang boleh menjejaskan paru–paru meningkat sehingga 598 mikrogram dalam satu meter padu.

Bacaan itu, yang diberikan oleh kedutaan AS, membantutkan pertumbuhan maksimum yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebanyak 25 mikrogram bagi satu meter padu. Tahap pencemaran di Jinan, ibu negara wilayah itu yang beratus kilometer jauhnya, mencecah lebih 400.

Pihak berkuasa di Beijing mengarahkan penutupan sebanyak 2,100 perniagaan yang memberikan pencemaran tinggi, kata China Daily yang dikendalikan negara itu dan menasihatkan rakyatnya untuk sentiasa berada dalam rumah.

Seorang lelaki dan wanita memakai topeng muka di Medan Tiananmen ketika Beijing dilanda jerebu yang dahsyat semalam. – AFP
Seorang lelaki dan wanita memakai topeng muka di Medan Tiananmen ketika Beijing dilanda jerebu yang dahsyat semalam. – AFP

Syarikat penerbangan membatalkan lebih 30 perjalanan dari Beijing ke Shanghai kebanyakannya kerana pencemaran wilayah Shaanxi yang menjadi pengeluar utama arang batu.

Kesukaran alam sekitar itu berlaku selepas Presiden China, Xi Jinpeng mendapat giliran menyampaikan ucapan penting antarabangsa untuk mengehadkan perubahan iklim.

Dia berikrar mengambil ‘tindakan’ ke atas pencemaran rumah hijau ketika mengulangi ikrar sedia ada dan memberitahu persidangan bahawa negara–negara miskin tidak seharusnya mengorbankan pertumbuhan ekonomi.

Kebanyakan pencemaran dihasilkan daripada pembakaran arang batu yang meningkat pada musim sejuk dengan permintaan bagi pemanasan, yang juga mencetuskan jerebu.

ARTIKEL YANG SAMA