China, AS berbincang redakan ketegangan

China, AS berbincang redakan ketegangan

BEIJING, 13 Mei (AP) – Berusaha untuk menenangkan ketegangan yang bertambah di Laut China Selatan, jeneral-jeneral tertinggi dari China dan AS telah bercakap melalui telefon dan berkata mereka bersedia untuk mengusahakan mekanisme berkesan untuk mencegah konfrontasi dan mengekalkan kestabilan di rantau itu.

Ketua Turus Tentera China Fang Fenghui memberitahu Pengerusi Ketua Turus Bersama AS Joseph Dunford dalam persidangan video semalam bahawa China menghargai kebebasan pengemudian ‘lebih dari mana-mana negara di dunia,” menurut kenyataan yang dihantar ke laman sesawang Kementerian Pertahanan.

Sementara menafikan bahawa Beijing bertanggung jawab bagi ketegangan masa kini, Fang berkata China mahu meluaskan komunikasi dan kerjasama dengan AS untuk mencegah isu itu memberi impak kuat kepada keseluruhan hubungan.

“Asas sama dan prospek kerjasama antara China dan AS jauh melebihi pertentangan pendapat dan percanggahan kami,” Fang dipetik sebagai berkata. China mahu membawa gambaran luas hubungan China-AS sebagai asas bagi membuat pendekatan kepada isu Laut China Selatan, kata Fang lagi.

Perbualan itu menyusuli bertukar-tukar pendapat secara lisan ekoran kapal pemusnah AS melintasi pulau buatan manusia terbesar China dalam langkah untuk membentuk amalan kebebasan pengemudian.

China berkata ia telah mengerah dua jet pejuang tentera laut, sebuah ialah pesawat udara amaran awal dan tiga buah kapal untuk menjejaki dan memberi amaran kepada kapal USS William P Lawrence ketika ia belayar pada Rabu lalu dalam jarak 22 kilometer Terumbu Fiery Cross, had yang dianggap oleh undang-undang antarabangsa sebagai laut wilayah pulau.

China berkata ‘tindakan provokasi’ sedemikian mewajarkannya untuk merangsang ‘semua kategori bangunan kapasiti tentera’ di kubu kuat pulau itu di Laut China Selatan.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara Josh Earnest semalam berkata bahawa pelayaran ‘laluan yang tidak bermaksud apa-apa’ seumpama itu adalah misi rutin yang hanya dihasratkan menguatkan keazaman tentera laut untuk ‘terbang, beroperasi dan belayar di mana-mana tempat yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.”

ARTIKEL YANG SAMA