China, AS bincang isu Taiwan

China, AS bincang isu Taiwan

BEIJING, 16 Sept (Reuters) – Presiden China Xi Jinping akan mengemukakan isu sensitif Taiwan dalam rundingannya dengan Presiden AS Barack Obama pada minggu depan, kata kerajaan China hari ini, sebelum pilihan raya presiden di pulau yang ditadbir sendiri pada Januari.

Parti Nasionalis Taiwan dijangka ditewaskan oleh parti pembangkang Demokratik Progresif (DPP) dalam pilihan raya. China telah mempertingkat retoriknya ke atas DPP ketika pengundian semakin dekat.

Tentera Nasionalis berundur ke Taiwan pada 19949 selepas perang saudara dengan Komunis dan Beijing tidak pernah menolak untuk menggunakan kekerasan untuk membawa pulau itu di bawah kawalannya.

“Isu Taiwan adalah yang paling penting, isu paling sensitif dalam hubungan Sino-AS,” beritahu Ma Xiaoguang, jurucakap untuk Pejabat Hal Ehwal Taiwan di China, pada satu taklimat tetap. Ma telah ditanya sama ada Taiwan akan dipaparkan dalam agenda Xi-Obama.

“Kami percaya,apabila pemimpin China dan Amerika Syarikat bertemu, mereka akan bertukar pendapat mengenai isu kepentingan bersama,” kata Ma, tanpa mengulas lanjut.

Beijing juga bimbang pada Jun apabila calon presiden DPP, Tsai Ing-wen, melawat Washington untuk mendapatkan sokongan daripada pegawai dan ahli politik AS.

ARTIKEL YANG SAMA