China bakal anjur kejohanan antarabangsa

China bakal anjur kejohanan antarabangsa

BEIJING, 14 Julai – China akan menganjurkan kejohanan bola sepak pasukan kebangsaan tahunan bermula tahun depan, kata konglomerat hiburan dan harta Kumpulan Dalian Wanda semalam tatkala ia berusaha membina sebuah empayar sukan. Pengumuman itu keluar tatkala syarikat Cina merebut pemain dan kelab asing ketika negara itu menambah pengaruhnya dalam permainan global.

“Piala China” yang diluluskan oleh FIFA akan bermula pada Januari 2017 dengan kejohanan empat perlawanan yang memaparkan China dan tiga pasukan dari Eropah dan Amerika, kata Wanda dalam satu kenyataan, tanpa mengenalpasti peserta bukan China.

Syarikat itu menjangka piala, yang dikatakan oleh Wanda merupakan satu kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak China dan Persekutuan Bola Sepak Asia, untuk memaparkan lapan pesaing dari “antara pasukan kebangsaan A terkenal di dunia,” kata kenyataan.

China buat masa sekarang ketinggalan di tempat ke-81 dalam ranking dunia FIFA, di belakang Zambia dan Jordan, dan Wanda berkata peminat China “tidak sabar-sabar untuk melihat pasukan kebangsaan mereka bangkit ke tempat teratas.”

“Sebagai negara tuan rumah, China secara automatik layak untuk memasukkan pasukan kebangsaan dalam kejohanan, memperoleh peluang untuk menaiki ranking FIFA,” tambah Wanda.

Wanda, dipimpin oleh lelaki paling kaya China, Wang Jianlin, telahpun memegang saham utama dalam Atletico Madrid dan merupakan penaja utama badan bola sepak yang dibelenggu skandal, FIFA. Wang membina empayar perniagaan bernilai AS$100 bilion dalam gedung membeli-belah, sebelum bercita-cita membina konglomerat sukan global.

Satu laporan dalam Financial Times pada minggu lalu berkata firma sedang berunding dengan liga kebangsaan Eropah mengenai kemungkinan menubuhkan pertandingan kelab antarabangsa yang berpotensi mencabar Liga Juara UEFA yang amat popular itu. – AFP