China bakal buka landasan kereta api laju ke Utara

China bakal buka landasan kereta api laju ke Utara

BEIJING, 31 Ogos (Reuters) – China akan membuka landasan kereta api laju ke sempadan Korea Utara esok, menurut agensi berita Xinhua, usaha terbarunya untuk mempertingkatkan hubungan ekonomi di sebalik ketegangan antara kedua-duanya.

Landasan itu, di bawah pembinaan semenjak 2010, dengan jarak 207km dari Shenyang ke bandar sempadan Dandong, yang berhadapan Sungai Yalu, Korea Utara akan memendekkan perjalanan daripada 3 ½ jam kepada hanya dalam masa sejam, menurut Xinhua.

Landasan baru ‘akan mempertingkatkan persaingan ekonomi rantau itu,’ menurut laporan yang memetik seorang pegawai kereta api tidak dinamakan sebagai berkata.

Sebanyak 80 peratus perdagangan antara China dan Korea Utara melalui Dandong yang berhampiran dengan zon ekonomi khas Korea Utara di pulau Hwanggumpyong.

China menggalakkan pembangunan dalam zon ekonomi khas di Korea Utara, berharap dapat menggunakan kos buruh rendah dan menggalakkan Korea Utara melihat faedah reformasi ekonomi, meskipun orang awam mencelanya kerana program senjata nuklearnya.

Meskipun ada tanda-tanda kecil kemajuan dalam zon ekonomi baru, China terus memperbaiki infrastruktur di bahagian sempadannya, termasuklah membina jambatan dari Dandong ke Korea Utara.

Ketika hubungan antara China dan Korea Utara menjadi tegang dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, China semakin rapat dengan Korea Selatan, ekonomi keempat terbesar Asia dan saingan utama Utara.

ARTIKEL YANG SAMA