China bakal saingi Boeing dan Airbus

China bakal saingi Boeing dan Airbus

The first C919 passenger jet made by the Commercial Aircraft Corp of China (Comac) is pulled out during a news conference at the company's factory in Shanghai

SHANGHAI, 2 Nov (AFP) – Sebuah Kapal terbang penumpang besar pertama China keluar daripada kilang pemasangan hari ini tatkala syarikat gergasi Asia itu membangunkan sektor penerbangannya sendiri dan mencabar industri asing untuk mendapatkan prestij dan saham pasaran.

Kapal terbang C919, jet berbadan sempit yang boleh memuatkan 168 penumpang, telah pun dihasilkan di sebuah kilang di pusat komersial Shanghai sejak setahun lalu, tatkala pekerja memasang komponen di bawah bimbingan Commercial Aircraft Corp China (COMAC).

Untuk China, kapal terbang itu melambangkan usaha bertahun-tahun lamanya dalam kempen kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan pada konsortium Eropah Airbus dan Boeing di Amerika Syarikat, malah bersaing dengan mereka.

“Pengeluaran pesawat udara C919 pertama menandakan peristiwa penting dalam pembangunan pesawat udara pertama China,” beritahu pengerusi COMAC Jin Zhuanglong kepada pegawai kerajaan dan industri.

Sebuah trak kecil menunda kapal terbang sepanjang 39 meter itu, dicat warna putih dengan ekor hijau, keluar daripada bangunan luas yang dihiasi dengan bendera China sementara pekerja projek berarak di sisinya, kata seorang wartawan AFP.

Namun pesawat udara itu tidak akan mengadakan penerbangan ujian pertamanya pada tahun ini seperti yang dijadualkan pada asalnya, kata Jin, dengan penerbangan sulung dirancang diadakan pada tahun 2016.

Akhbar China Daily telah melaporkan ia mungkin ditangguhkan kepada 2017.

China telah bercita-cita untuk membina pesawat udaranya sendiri sejak tahun 1970 apabila Jiang Qing, isteri pemimpin Mao Zedong dan seorang anggota “Geng Berempat”, secara peribadi menyokong satu percubaan untuk melakukannya. Namun kapal terbang Y-10 adalah amat berat dan menjadikannya tidak praktikal dan hanya tiga buah yang pernah dikeluarkan setakat ini.

ARTIKEL YANG SAMA