China, Bangladesh tingkat kerjasama

China, Bangladesh tingkat kerjasama

DHAKA, 30 Mei – China dan Bangladesh semalam bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dua hala ketika satu mesyuarat di antara Menteri Pertahanan China Chang Wanquan dan Presiden Bangladesh Abdul Hamid.

Bangladesh dan China telah lama bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang dan kerjasama telah menghasilkan keputusan positif, kata presiden Bangladesh.

Bangladesh sentiasa menyokong China dalam isu mengenai kepentingan China dan hal ehwal antarabangsa. Negara itu juga menyokong Inisiatif Kawasan dan Jalan yang dicadangkan oleh China, kata Hamid, meambah Bangladesh rela menjalin kerjasama ikhlas dengan China tatkala kedua-dua negara mempromosi bersama kemakmuran dan pembangunan serantau.

Beliau berharap kedua-dua tentera akan mengekalkan momentum kerjasama yang positif sekarang dan meninkat kerjasama dan pertukaran dalam semua bidang dan peringkat agar menyumbang kepada perkembangan hubungan dua hala.

Untuk pihaknya, menteri pertahanan China berkata China dan Bangladesh telah menyaksi perkembangan yang sihat dan stabil dalam tukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 41 tahun lalu.

China rela bekerjasama dengan negara relevan, termasuk Bangladesh, untuk mempromosi secara aktif Inisiatif Kawasan dan Jalan dan Koridor Ekonomi Bangladesh-China-India-Myanmar, untuk membawa faedah pembangunan yang ketara kepada rakyat negara dan memajukan keamanan dan kestabilan serantau, kata Chang.

Kerjasama mesra di antara kedua-dua tentera telah meningkat dan berkembang pesat dalam beberapa tahun ini, dengan lawatan peringkat tinggi kerap diadakan, serta memperkukuh kerjasama prakmatik dan kerjasama mengenai latihan kakitangan, kata menteri. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA