China batalkan had harga maksimum ubat-ubatan

China batalkan had harga maksimum ubat-ubatan

BEIJING, 5 Mei (Reuters) – China akan membatalkan had maksimum harga untuk kebanyakan ubat-ubatan mulai 1 Jun dan memberikan pasaran peranan yang lebih besar dalam menetap harga dalam pasaran farmaseutikal kedua terbesar di dunia, kata agensi perancangan ekonomi negara hari ini.

Perubahan itu akan menggalak harga ubat yang “munasabah” dan membantu mengawal kos dalam skim insurans perubatan negara, kata Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) dalam satu kenyataan online.

“Kami telah emmutuskan mulai 1 Jun untuk membatal harga yang ditetapkan oleh kerajaan ke atas kebanyakan ubat untuk mempertingkat mekanisme pembelian untuk ubat, mengawal kos untuk insurans perubatan dan membenarkan perniagaan harga ubat ditetapkan oleh persaingan pasaran,” katanya.

China merupakan tarikan untuk pembuat ubat-ubatan, firma peranti perubatan dan operator hospital dengan perbelanjaan ke atas ubat dijangka mencecah $185 bilion pada 2018, menurut IMS Health.

Beijing juga telah mengurangkan had maksimum ke atas harga ubat pengguna namun menghadapi tugas yang sukar untuk memastikan bekalan ubat penting dan pada masa yang sama mengekalnya pada harga yang rendah.

Penganalisis berkata kesan tindakan NDRC tidak ketara disebabkan kira-kira tiga perempat daripada ubat di China adalah dijual menerusi hospital dan bukannya saluran runcit, di mana satu proses tender berasingan membantu mengurangkan harga.

Tindakan baru itu akan berkuatkuasa untuk semua ubat daripada anestetik dan ubat psikiatrik gred satu, kata kenyataan NDRC.

ARTIKEL YANG SAMA