China belanja lebih AS$1b pada ‘Hari Satu’

China belanja lebih AS$1b pada ‘Hari Satu’

SHANGHAI, 11 Nov – Pembeli-belah China membelanjakan lebih daripada AS$1 bilion dalam lima minit pertama pada ‘Hari Satu’ hari ini, kata syarikat e-dagangan Alibaba, dalam promosi membeli belah online terbesar di dunia.

‘Hari Satu’ – dinamakan sempena digit 1 yang berulang dalam tarikh 11 November – diwujudkan oleh Alibaba pada tahun 2009. Sekarang dalam masa 24 jam ia mengatasi kempen membeli-belah online utama AS, lima hari daripada Hari Kesyukuran hingga Siber Isnin.

Sejurus selepas tengah hari, jumlah barangan, pengukur utama jualan online Alibaba, telah mencecah 82.4 bilion yuan, kata firma, telahpun mengatasi jumlah pada tahun lalu.

Ia telah memintas angka 2014 pada pukul 6.54 pagi, kata firma, dengan firma e-dagangan pesaing JD.com, yang menumpu lebih pada elektronik, menerima tempahan yang lebih pada pukul 9.14 pagi berbanding yang telah dilakukannya pada Hari Satu 2014. Di AS, jumlah jualan online untuk lima hari daripada Hari Kesyukuran hingga Siber Isnin pada tahun lalu berjumlah AS$11.1 bilion, menurut Indeks Digital Adobe.

Pekerja Cina menyusun mengalihkan kotak-kotak barangan di sebuah syarikat penghantaran di Lin’an, wilayah Zhejiang di timur China kelmarin. - AFP
Pekerja Cina menyusun mengalihkan kotak-kotak barangan di sebuah syarikat penghantaran di Lin’an, wilayah Zhejiang di timur China kelmarin. – AFP

Saham Alibaba yang disenarai di New York adalah memberangsangkan pada tahun ini meskipun kebimbangan mengenai pertumbuhanlembap di China, memandangkan perbelanjaan pengguna telah berkembang sementara ekonomi industri lama bergelut disebabkan kapasiti berlebihan dan permintaan yang lembap.

Ekonomi China berkembang pada kadar paling perlahan dalam satu suku abad tahun lalu dan telah merosot seterusnya pada tahun ini, tatkala Beijing cuba mengalih penjana pertumbuhan daripada pelaburan dan eksport kepada penggunaan domestik.

Penganalisis berkata acara itu, yang telah menerima semakin banyak sokongan sejak beberapa tahun lalu, merupakan kunci kepada Alibaba. – AFP