China berang,...

China berang, anak kurung ibu dalam kandang

BEIJING, 13 Jan – Rakaman video mengenai seorang wanita China yang berusia 92 tahun telah dilaporkan dikurung dalam kandang babi oleh anak lelakinya selama bertahun-tahun telah mencetuskan kecaman dalam talian, ketika China bergelut dengan persoalan tentang bagaimana untuk menangani penduduk warga emasnya yang semakin bertambah.

Wanita itu, Yang, telah dikurung dalam kandang babi oleh anak lelaki dan menantunya, yang tidak memberinya makanan yang mencukupi atau pakaian dan sering memukul serta mengherdiknya, menurut berita tempatan Nanguo Morning News berpangkalan di rantau selatan Guangxi.

Satu video mengenai keadaan kehidupan wanita yang menyedihkan itu muncul dalam platform media sosial China, Weibo.

“Saya tidak dapat melihat,” kata Yang, yang terhincut-hincut menuju keluar.

Anak lelaki dan menantunya mengatakan Yang sendiri mahu berpindah ke ‘dapur’ tertutup dan berpagar yang tidak berpintu di sebelah rumah mereka, menafikan dia telah dikurung di kandang babi tersebut, kata Nangui Morning News.

Foto-foto Yang telah diselamatkan oleh pegawai kerajaan tempatan muncul dalam Weibo selepas video itu tular awal bulan ini. Dia kini dirawat di hospital tempatan namun belum pulih sepenuhnya. – AFP