China berang,...

China berang, ibu dikurung dalam kandang

BEIJING, 13 Jan – Rakaman video mengenai seorang wanita China yang berusia 92 tahun telah dilaporkan dikurung dalam kandang babi oleh anak lelakinya selama bertahun-tahun telah mencetuskan kecaman dalam talian, ketika China bergelut dengan persoalan tentang bagaimana untuk menangani penduduk warga emasnya yang semakin bertambah.

Wanita itu, Yang, telah dikurung dalam kandang babi oleh anak lelaki dan menantunya, yang tidak memberinya makanan yang mencukupi atau pakaian dan sering memukul serta mengherdiknya, menurut berita tempatan Nanguo Morning News berpangkalan di rantau selatan Guangxi.

Satu video mengenai keadaan kehidupan wanita yang menyedihkan itu muncul dalam platform media sosial China, Weibo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA