China berdepan cuaca paling sejuk

China berdepan cuaca paling sejuk

BEIJING, 21 Jan – Sekolah-sekolah telah ditutup sementara dan para pekerja kecemasan bersiap sedia di China ketika negara itu berdepan cuaca sejuk dalam sejarah, termasuk suhu rendah dalam masa 30 tahun, menurut media dan kerajaan hari ini.

Pada 1 petang, ia sudah mencapai suhu -28 darjah Celsius (-18 Fahrenheit) di Yakeshi di Inner Mongolia, dengan Harbin, bandar wilayah Heilongjiang di timur laut pada -19 C dan Changchun di kejiranan Jilin pada -17 C.

“Saya telah menyarungkan semua pakaian saya, namun saya masih tidak lagi rasa hangat,” penyiaran kerajaan CCTV menunjukkan seorang pejalan kaki yang menetap di Altai, barat rantau Xinjuang, di mana suhu telah mencecah -26 C.

“Angin begitu kuat – apabila ia terkena wajah saya ia sangat sakit sekali.”

Para pekerja menyingkirkan salji dari landasan stesen kereta api di Nanchang, wilayah Jiangxi, China pada 21 Januari. - Reuters
Para pekerja menyingkirkan salji dari landasan stesen kereta api di Nanchang, wilayah Jiangxi, China pada 21 Januari. – Reuters

Pusat Meteorologi Kebangsaan meramalkan suhu boleh merendah sehingga 10 darjah C di seluruh negara selama empat hari akan datang, menurut kenyataan dalam laman webnya.

Ia akan berada di bawah beku lebih 90 peratus di negara yang paling ramai penduduknya di dunia, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Beijing diramalkan akan mengalami suhu rendah -17 C pada Sabtu, namun beberapa corak cuaca luar biasa dijangka akan menuju ke selatan.

Wilayah Zhejiang di timur mengumumkan amaran kuning bagi cuaca sejuk – kedua tertinggi dalam skala empat peringkat.

Hab komersial Shanghai dan Changsha, bandar wilayah tengah Hunan, dijangka akan menyaksikan suhu paling sejuk selama 230 tahun, dengan ramalan paling rendah sekitar -5 C pada hujung minggu.

Sekolah-sekolah di Changsha ditutup awal bagi cuti Tahun Baru Cina, lapor Xinhua, sama seperti di Changzhou, berhampiran Shanghai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA